Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liverpool hambar di padang sendiri; tewas 2-0 di tangan Atalanta

Pemain Atalanta, Josip Ilicic dan Robin Gosens menjaringkan dua gol pantas dalam separuh masa kedua untuk memberikan kemenangan 2-0 ke atas Liverpool pada Rabu (25 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Liverpool hambar di padang sendiri; tewas 2-0 di tangan Atalanta

Perlawanan Liga Juara-Juara pada 25 Nov 20 di mana Atalanta kalahkan Liverpool 2-0 (Gambar: REUTERS/Jon Super)

Diterbitkan : 26 Nov 2020 09:40AM Dikemas Kini : 26 Nov 2020 09:48AM

LIVERPOOL: Pemain Atalanta, Josip Ilicic dan Robin Gosens menjaringkan dua gol pantas dalam separuh masa kedua untuk memberikan kemenangan 2-0 ke atas Liverpool pada Rabu (25 Nov).

Walaupun bermain di padang sendiri, Liverpool mempamerkan prestasi yang hambar dalam perlawanan menentang Atalanta bagi Kumpulan D Liga Juara-Juara Eropah di Anfield.

Pasukan tuan rumah itu membariskan beberapa pemain muda termasuk tiga pemain remaja, Rhys Williams, Neco Williams dan Curtis Jones.

Ilicic menjaringkan gol pertama Atalanta melalui hantaran lintang Alejandro Gomez.

Pengurus Liverpool Juergen Klopp mengubah kesebelasan utamanya dengan membawa masuk Roberto Firmino, Fabinho, Diogo Jota dan Andy Robertson.

Sungguhpun demikian, ia gagal mengukuhkan benteng pertahanan Liverpool yang dibolosi sekali lagi, kali ini melalui rembatan kencang Gosens hasil umpanan Hans Hateboer pada minit ke-63.

Liverpool gagal bangkit semula dan walaupun gergasi bola sepak England itu masih mendahului Kumpulan D dengan pungutan sembilan mata, Atalanta dan Ajax Amsterdam, yang mengalahkan pasukan corot Midtjylland 3-1, kini hanya ketinggalan dua mata dengan baki dua perlawanan. 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan