Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liverpool bertekad juarai Piala Standard Chartered 2022; penyerang baru Darwin Nunez tumpuan penyokong

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 20,000 penonton yang kebanyakannya terdiri daripada para peminat dan penyokong setia menghadiri sesi latihan gergasi bola sepak Liga Perdana England (EPL) Liverpool pada petang Khamis (14 Jul).

Sesi latihan bertiket ini memberi peluang kepada para peminat untuk menyaksikan pemain-pemain terkemuka Liverpool dengan lebih dekat lagi.

Seramai 37 pemain yang terdiri daripada barisan pemain kesebelasan utama, pemain simpanan dan pemain muda berbakat menyertai persiapan pra-musim Liverpool ke Thailand dan Singapura untuk mengadakan perlawanan persahabatan di kedua-dua negara tersebut.

Pemain bek kiri, Andy Robertson akur beliau dan rakan-rakan sepasukan yang lain menghadapi sedikit kesukaran bermain dalam cuaca yang panas.

Namun sambutan yang menggalakkan daripada para peminat menyedarkan beliau kepada tanggungjawab mewakili sebuah kelab bertaraf dunia seperti Liverpool.
"Kami mewakili sebuah kelab yang besar. Apabila kami berkunjung ke tempat-tempat di luar Britain, ia mengingatkan dan menyedarkan kami betapa besarnya kelab ini. Para peminat dan penyokong begitu mesra dan ghairah menyambut kami. Anda dianggap sebagai wira. Mereka sanggup menunggu di luar hotel, berpusu-pusu membanjiri stadium. Di mana saja anda berada, mereka pasti mahu mendekati anda. Kami sangat-sangat menghargainya," luah Andy Robertson.

Dalam sesi latihan semalam, Stadium Negara bergema dengan sorakan para penonton setiap kali percubaan pemain Liverpool menepati sasaran!

Menjadi perhatian ramai ialah penyerang Uruguay, Darwin Nunez, yang menjadi pemain termahal Liverpool selepas berhijrah ke Liverpool dari kelab Portugis, Benfica dengan harga perpindahan bernilai 85 juta paun sterling.

Dengan seteru utama Liverpool seperti Manchester City, Chelsea dan Manchester United turut mengukuhkan pasukan masing-masing, pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkongsi dengan BERITAmediacorp mengenai peluang Liverpool untuk menjuarai EPL pada musim akan datang: "Kami yakin bahawa kami akan dapat memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi kami. Kami perlu melakukannya dan kami mesti memastikan ia dapat dicapai. Itulah yang sedang kami usahakan. Barulah kami boleh menjadi pasukan yang benar-benar digeruni oleh pasukan-pasukan lawan dan tiada pasukan yang berani turun padang menentang kami."
Liverpool akan turun padang menentang pasukan EPL, Crystal Palace, yang turut bertandang ke Singapura untuk merebut Piala Standard Chartered 2022. Ini adalah perlawanan persahabatan kedua di rantau ini bagi Liverpool.

Liverpool tentu sekali mengharapkan keputusan yang lebih baik selepas tewas 4-0 di tangan musuh ketatnya Manchester United di Bangkok baru-baru ini.
Sumber : BERITA Mediacorp/DF/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan