Liverpool benam Southampton 2-1; persaingan rebut mahkota EPL makin sengit
LONDON: Perebutan mahkota Liga Perdana England (EPL) bertambah sengit apabila Liverpool, yang menduduki tangga kedua liga, menewaskan Southampton 2-1 pada awal Rabu (18 Mei).
Dengan kemenangan itu, hanya satu mata saja yang memisahkan juara bertahan yang juga pendahulu liga musim ini, Manchester City, dengan Liverpool.
Pasukan tuan rumah, Southampton, membuka tirai jaringan melalui gol Nathan Redmond pada minit ke-13.
Pada minit ke-27 pula, pemain midfield Jepun, Takumi Minamino, menjaringkan gol pertama Liverpool bagi menyamakan kedudukan.
Joël Matip menjaringkan gol kedua Liverpool, sekali gus gol kemenangan bagi pasukannya pada minit ke-67.
Sekiranya Manchester City tewas atau setakat mencatatkan keputusan seri dalam perlawanan terakhir liga, maka ia akan membuka pintu kepada Liverpool untuk menjuarai EPL musim ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.