Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liverpool benam AC Milan 3-1 dalam Liga Juara-Juara

Anggaran Waktu Membaca:
MILAN: Liverpool meraikan kepulangan ke Liga Juara-Juara selepas setahun, dengan kemenangan 3-1 ke atas AC Milan di stadium San Siro pada Selasa (17 Sep), menerusi sumbangan gol Ibrahima Konate, Virgil van Dijk dan Dominik Szoboszlai.

AC Milan mendahului perlawanan di padang sendiri selepas Christian Pulisic menjaringkan gol pertama pada minit ketiga.

Namun pasukan pelawat berjaya mengawal permainan dan menujukkan kehebatannya, dengan kedua-dua pemain pertahanan tengah Liverpool menjaringkan gol sebelum separuh masa pertama tamat, sebelum Szoboszlai meluaskan jurang gol pada separuh masa kedua.

"Cara yang hebat untuk meluangkan masa bagi hari jadi saya," kata jurulatih Liverpool Arne Slot, yang berusia 46 tahun pada Selasa, dan disambut meriah oleh penyokong kelab itu selepas perlawanan.

"Permulaan yang tidak begitu hebat apabila kami dibolosi," kata Van Dijk kepada Amazon Prime. "Namun selepas itu, cara kami kekal tenang, meneruskan permainan, mencari penyelesaian, saya fikir ia perkara yang bagus."

Perlawanan tersebut juga menandakan perlawanan Liga Juara-Juara pertama Slot sejak dia menggantikan Juergen Klopp. Ia merupakan respons yang baik selepas pasukannya dikalahkan 1-0 oleh Nottingham Forest dalam Liga Perdana England (EPL) pada Sabtu (14 Sep) lalu.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan