Liverpool belasah Leicester City 3-0; Arsenal seri 0-0 dengan Leeds
Juara bertahan Liga Perdana England (EPL)Liverpool berkongsi tempat pertama liga dengan Tottenham Hotspur.
ENGLAND: Juara bertahan Liga Perdana England (EPL)Liverpool berkongsi tempat pertama liga dengan Tottenham Hotspur selepas membenamkan Leicester City 3-0 awal pagi ini (23 Nov).
Dengan kemenangan ke atas Leicester City, ini bermakna Liverpool belum pernah ditewaskan dalam 64 perlawanan liga di Anfield, sekali gus mencipta rekod baru bagi pasukan tersebut.
Liverpool mendahului permainan pada minit ke-21 selepas pemain pertahanan Leicester, Johnny Evans, menanduk bola ke gawang sendiri setelah diasak oleh penyerang Liverpool, Sadio Mane.
Liverpool kemudian menjaringkan gol kedua melalui Diogo Jota yang menanduk bola ke gawang lawan selepas menerima hantaran Andy Robertson.
Penjaga gawang Leicester, Kasper Schmeichel, bertindak cemerlang untuk memastikan benteng pertahanannya tidak dibolosi Liverpool, namun gagal menyelamatkan tandukan Roberto Firmino yang memastikan Liverpool mengutip tiga mata daripada perlawanan berat sebelah itu.
Kemenangan itu meletakkan Liverpool terikat 20 mata dengan Spurs, yang mengalahkan Manchester City pada Sabtu.
Tempat ketiga dan keempat liga kini dihuni oleh Chelsea dan Leicester yang ketinggalan dua mata di belakang Liverpool dan Spurs.
Dalam satu lagi perlawanan, Arsenal setakat seri 0-0 dengan Leeds United selepas pemain sayap, Nicolas Pepe, dibuang padang pada awal separuh masa kedua di Elland Road.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.