Litar Sepang jadi tuan rumah GP Bahrain Oktober ini
Pelumba Mercedes dari Britain, Lewis Hamilton, memandu ketika sesi latihan pertama Grand Prix Malaysia Formula Satu di Litar Antarabangsa Sepang pada 29 September 2017. (Gambar fail: AFP/Manan Vatsyayana)
- Formula Satu mengumumkan Litar Antarabangsa Sepang di Malaysia akan menjadi tuan rumah perlumbaan menggantikan Grand Prix Bahrain.
- Perlumbaan ini dijadualkan berlangsung pada 4 Oktober, di antara Grand Prix Azerbaijan dan Grand Prix Singapura.
- Grand Prix Bahrain dan Arab Saudi dibatalkan kerana ketegangan di Timur Tengah.
- Perlumbaan di Sepang ini akan dinamakan secara rasmi sebagai Grand Prix Bahrain Gulf Air di Malaysia, dan kali terakhir Sepang menjadi tuan rumah F1 ialah pada 2017.
Formula Satu memaklumkan perlumbaan itu akan dikenali secara rasmi sebagai Grand Prix Bahrain Gulf Air di Malaysia.
Grand Prix Bahrain yang dijadual berlangsung pada April lalu dibatalkan, bersama Grand Prix Arab Saudi di Jeddah, susulan ketegangan di Timur Tengah.
Perlumbaan di Sepang akan berlangsung di antara Grand Prix Azerbaijan pada 26 September dan Grand Prix Singapura pada 11 Oktober.
Litar Antarabangsa Sepang kali terakhir menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu pada 2017.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.