Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lionel Messi terbuka beraksi di Piala Dunia 2026

Setelah merangkul trofi Piala Dunia pertamanya bersama  Argentina pada Disember lalu, Lionel Messi berkata kejohanan itu akan menjadi yang terakhir baginya. Namun, nampaknya kini dia seolah-olah terbuka kepada kemungkinan bermain dalam Piala Dunia 2026.

Anggaran Waktu Membaca:

PARIS: Setelah merangkul trofi Piala Dunia pertamanya bersama  Argentina pada Disember lalu, Lionel Messi berkata kejohanan itu akan menjadi yang terakhir baginya. Namun, nampaknya kini dia seolah-olah terbuka kepada kemungkinan bermain dalam Piala Dunia 2026.

"Disebabkan usia, akan sukar bagi saya untuk kembali beraksi pada 2026," kata Messi, 35 tahun kepada Diario Ole, sebuah akhbar sukan di Argentina.

"Saya suka bermain  bola sepak dan meskipun saya rasa saya masih sihat dan masih menikmati sukan ini, saya akan terus melakukannya. Lagi lama lagi sebelum Piala Dunia akan datang tetapi ia bergantung pada hala tuju kerjaya saya."

Jurulatih Argentina Lionel Scaloni meluahkan hasrat ingin melihat bintang bola sepak itu, yang merupakan salah satu daripada hanya enam pemain untuk beraksi dalam lima temasya Piala Dunia - cocok untuk Piala Dunia seterusnya yang akan diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

"Saya rasa Messi boleh beraksi pada Piala Dunia seterusnya," kata Scaloni kepada stesen radio Sepanyol Calvia FM bulan lalu. 

"Ia juga sangat bergantung pada apa yang dia inginkan dan apa yang akan berlaku sehingga temasya itu, sama ada dia masih tetap dalam keadaan baik. Peluang akan sentiasa terbuka baginya. Dia gembira beraksi di padang, dan bagi kami (itu) adalah terbaik."

Setelah menjaringkan tujuh gol di Piala Dunia 2022, Messi berpeluang bergelar  penjaring gol paling banyak sepanjang masa di Piala Dunia jika dia tampil beraksi pada 2026. Messi mencatatkan rekod 13 gol, iaitu tiga gol di belakang pemegang rekod Miroslav Klose dari Jerman. 

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan