Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lionel Messi sahkan perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 yang terakhirnya

Anggaran Waktu Membaca:
DOHA: Lionel Messi mengesahkan beliau akan beraksi dalam perlawanan terakhir Piala Dunia apabila Argentina menentang Perancis atau Maghribi pada perlawanan akhir Ahad (18 Dis) di Qatar.

Messi menjadi wira Argentina dengan sumbangan tiga gol tanpa balas dalam perlawanan dengan Croatia pada Rabu (14 Dis).

Beliau juga akan mendapat Cap ke-172 pada hujung minggu ini apabila apabila dia cuba membawa negara itu gelaran Piala Dunia pertama sejak 1986.

"Saya sangat gembira kerana dapat mencapai kejayaan ini dan untuk menamatkan perjalanan Piala Dunia saya dengan beraksi dalam pusingan peringkat akhir," kata Messi kepada agensi media Argentina, Diario Deportivo Ole.

"Kejohanan seterusnya akan mengambil masa selama beberapa tahun dan saya rasa saya tidak dapat melakukannya. Menamatkan perjalanan saya seperti ini adalah yang terbaik," tambah kapten pasukan Argentina itu.

Pemain 35 tahun itu beraksi dalam Piala Dunia kelimanya dan melepasi empat piala dunia Diego Maradona dan Javier Mascherano.

Messi menjaringkan lima gol di Qatar sekaligus mengatasi Gabriel Batistuta sebagai penjaring gol terbaik Albiceleste semasa Piala dunia dengan menjaringkan 11 gol.

"Semuanya baik-baik aja, namun yang paling penting adalah untuk mencapai matlamat kumpulan iaitu yang paling mulia sekali," tambah Messi.

"Kami hanya selangkah lagi, selepas berjuang dengan keras. Kami akan memberikan segala-galanya untuk cuba merealisasikannya kali ini
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan