Lionel Messi sah pemain baru PSG; tandatangan kontrak 2 tahun
Bintang bola sepak Lionel Messi sah pemain terbaru kelab Liga Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).

Pemain bola sepak Argentina, Lionel Messi, bercakap di sedang media. (Gambar: STEPHANE DE SAKUTIN/AFP)
PARIS: Bintang bola sepak Lionel Messi sah pemain terbaru kelab Liga Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).
Pemain berusia 34 tahun itu menandatangani kontrak dua tahun dengan PSG dengan pilihan tambahan satu tahun.
Messi dijangka akan menerima bayaran AS$41 juta (S$56 juta) setahun bersama PSG.
Sebelum ini, Messi merupakan pemain bola sepak terkaya di dunia, mendahului Cristiano Ronaldo dari Juventus.
Messi meraih pendapatan AS$130 juta (S$176 juta) termasuk gaji, bonus dan tajaan ketika bersama bekas kelabnya, Barcelona.
Kini beliau secara rasmi menamatkan kerjaya bersama Barcelona setelah kelab Sepanyol itu menyatakan ia tidak mampu lagi membiayai penjaring gol tertingginya itu.
Ini meskipun Barcelona kini disenaraikan sebagai kelab teratas berbanding liga-liga utama dunia.
Messi meninggalkan Barcelona dengan menjaringkan lebih 670 gol menerusi hampir 780 penampilan.
Ini adalah satu rekod bagi mana-mana kelab bola sepak.
Penyertaan Messi ibarat durian runtuh bagi PSG yang sudah pun menerima ganjaran serta-merta.
Kedai online kelab itu kehabisan jersi berharga AS$120 (S$163 juta) yang tertera dengan nama dan nombor baru Messi, dalam masa rekod.
Messi akan menyarung jersi nombor 30 - nombor sama ketika dia memulakan kerjayanya bersama Barcelona.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.