Skip to main content

Sukan

Lionel Messi dijangka beraksi dalam perlawanan persahabatan di SG pada 2026

Pasukan bola sepak kebangsaan Argentina termasuk juara Ballon d'Or lapan kali Lionel Messi akan bertandang ke Singapura pada suku pertama 2026 untuk satu perlawanan persahabatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lionel Messi dijangka beraksi dalam perlawanan persahabatan di SG pada 2026

Pemain pasukan Argentina, Lionel Messi di perlawanan kelayakan bola sepak Piala Dunia FIFA 2026 pada 19 November 2024. (Gambar: AP/Gustavo Garello)

Diterbitkan : 26 Mar 2025 07:23PM Dikemas Kini : 26 Mar 2025 07:26PM
SINGAPURA: Pasukan bola sepak kebangsaan Argentina termasuk juara Ballon d'Or lapan kali Lionel Messi akan bertandang ke Singapura pada suku pertama 2026 untuk satu perlawanan persahabatan.

Pasukan itu juga akan beraksi dalam satu perlawanan persahabatan di India pada Oktober tahun ini.

Perlawanan itu adalah sebahagian daripada perkongsian setahun antara Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) dan HSBC, menurut bank itu pada Rabu (26 Mac).

"Kerjasama ini menyatukan dunia perbankan dan sukan, menandakan kali pertama sebuah institusi bank menjalin kerjasama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Argentina di Singapura dan India.

"Melalui perjanjian ini, HSBC memegang hak penjenamaan dan pengaktifan di kedua-dua negara," menurut bank tersebut.

"Para pelanggan dan rakan kongsi HSBC akan mempunyai akses ekslusif termasuk tiket-tiket bagi perlawanan Argentina, peluang menemui para pemain serta pengalaman istimewa untuk para peminat."

Presiden AFA Claudio Fabian Tapia berkata: "Kami amat berbesar hati mempunyai HSBC, iaitu institusi perbankan terkemuka di Asia, sebagai penaja baharu bagi Persatuan Bola Sepak Argentina di India dan Singapura."

Mediacorp sudah pun bertanya kepada HSBC siapakah pasukan lawan Argentina dalam perlawanan persahabatannya di Singapura.

Ini bukan kali pertama Messi bertandang ke Singapura bersama pasukan Argentina.

Pada 2017, beliau sepatutnya beraksi dalam satu perlawanan persahabatan selepas diuar-uarkan sebagai salah satu tarikan utama perlawanan itu.

Namun selang beberapa jam selepas tiba di Singapura, beliau meninggalkan negara ini untuk melakukan persiapan bagi majlis perkahwinannya.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita