Lionel Messi capai persetujuan sertai PSG: Laporan
Lionel Messi mencapai persetujuan dengan Paris Saint Germain (PSG) untuk dipindahkan ke kelab bola sepak Perancis itu, lapor akhbar sukan L'Equipe di lamannya, sambil menambah bintang bola sepak itu dijangka tiba pada Selasa (10 Ogos).

Lionel Messi raikan gol ke-3 Barcelona yang dijaringnya dalam perlawanan La Liga menentang Real Valladolid di Camp Nou pada 29 Okt 2019. (Gambar fail: Reuters/Albert Gea)
PARIS: Lionel Messi mencapai persetujuan dengan Paris Saint Germain (PSG) untuk dipindahkan ke kelab bola sepak Perancis itu, lapor akhbar sukan L'Equipe di lamannya, sambil menambah bintang bola sepak itu dijangka tiba pada Selasa (10 Ogos).
Messi, penyerang berusia 34 tahun bagi Argentina dan Barcelona, dijulang sebagai antara pemain terbaik sukan tersebut.
Pemenang enam kali anugerah Ballon d'Or itu menitiskan air mata pada Ahad semasa mengumumkan secara rasmi perpisahan dari pasukan yang dianggotainya sejak usia remaja. Ini setelah kelab tersebut menyatakan ia tidak lagi mampu untuk mengekalkannya, sambil menyalahkan peraturan kewangan La Liga.
Barisan serangan PSG sudah cukup hebat, dengan bekas rakan sepasukan Messi, Neymar dan penyerang muda Perancis, Kylian Mbappe dilihat sebagai dua pemain terbaik dunia.
Namun dengan penyertaan Messi, penjaring gol terbanyak dalam sejarah Barca dengan 682 gol sepanjang 27 tahun, akan mencerahkan lagi impian kelab tersebut untuk menjulang Liga Juara-Juaranya yang pertama.
Kehadiran Messi, yang mempunyai 245 juta pengikut di Instagram dan merupakan pemain Barcelona yang merangkul paling banyak anugerah, juga merupakan khabar gembira buat Liga Perancis, yang sedang bergelut dalam krisis berhubung hak siaran di TV.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.