Lionel Messi beraksi di Indonesia dalam perlawanan persahabatan pada 19 Jun
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Juan Mabromata/AFP)
JAKARTA: Bintang bola sepak terkemuka dunia, Lionel Messi, berada dalam senarai pemain skuad Argentina yang akan bertandang ke Indonesia bulan depan dalam rangka jelajah Asia 2023.
Menurut laporan portal berita Indonesia, Kompas, dalam perlawanan persahabatan itu, Argentina akan menentang Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada 19 Jun ini.
Selain Indonesia, Argentina juga akan menentang Australia di China pada 15 Jun.
Sebelum ini, persoalan tentang kehadiran Messi ke Indonesia menjadi bahan perdebatan di media sosial.
Bagaimanapun, lapor Kompas, di akaun media sosial rasmi Argentina pada Sabtu (27 Mei), nama Messi disenaraikan dalam skuad negara berkenaan dalam jelajah ke Asia.
Selain Messi, jurulatih Lionel Scaloni turut membawa bersama sejumlah nama besar lain dalam senarai 27 pemain skuad Argentina termasuk Emiliano Martinez, Julian Alvarez dan Angel di Maria.
Sementara di pihak Indonesia pula, jurulatih skuad kebangsaan, Shin Tae-yong turut mengumumkan senarai 26 nama pemain yang akan mengukuhkan skuad Garuda dalam liga persahabatan berkenaan.
Daripada 26 pemain tersebut, termasuk muka-muka baru iaitu Shayne Pattynama, Ivar Jenner dan Rafael Struick.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.