Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lion City Sailors, Tampines Rovers didenda, digantung tugas susuli pergaduhan semasa SPL

Anggaran Waktu Membaca:
Lion City Sailors, Tampines Rovers didenda, digantung tugas susuli pergaduhan semasa SPL

Gambar: Youtube Video/ Liga Perdana Singapura (SPL)

SINGAPURA: Lion City Sailors dan Tampines Rovers dikenakan sekatan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) selepas kejadian yang berlaku semasa Liga Perdana Singapura (SPL) pada Julai.

Ketua jurulatih pasukan Sailors, Kim Do Hoon, dikenakan denda berjumlah S$2,000 dan digantung tugas bagi tiga perlawanan atas kesalahan berkelakuan ganas, menurut FAS dalam satu kenyataan media pada Rabu (10 Ogos).

Manakala penolong jurulatih pasukan Rovers, Mustafic Fahrudin dikenakan denda S$3,000 dan digantung tugas bagi tiga perlawanan atas kesalahan yang sama.

Kedua-dua kelab bola sepak itu juga dikenakan denda S$5,000 akibat kelakuan pasukan masing-masing.

Pasukan Sailors pada mulanya juga didakwa atas kelakuan penyokong mereka. Namun, dakwaan itu tidak dinyatakan dalam keputusan FAS.
JURULATIH TIDAK JALANKAN TUGAS DENGAN BAIK

Jawatankuasa Disiplin (DC) FAS mencapai kata putus pada Rabu malam (10 Ogos) selepas bersidang pada 4 Ogos untuk mendengar kes tersebut.

Sekatan-sekatan itu diputuskan selepas kesemua bukti disemak dan dikaji oleh Jawatankuasa Disiplin (DC), menurut FAS.

Jawatankuasa itu "sudah mempertimbangkan beberapa faktor sebelum mengenakan sekatan," kata pengerusi, K Bala Chandran.

"Mengenai isu denda yang dikenakan ke atas kedua-dua kelab bola sepak itu disebabkan kelakuan mereka, DC menyatakan bahawa keadaan tersebut tidak mencetuskan pergaduhan dan perlawan itu tidak dihentikan memandangkan mereka akhirnya dapat menilai keadaan dengan baik," kata beliau.

"DC memutuskan bahawa tindakan Kim dan Mustafic adalah kelakuan ganas dan mereka sebagai pegawai yang diharapkan untuk menegakkan sikap profesional dan semangat kesukanan dalam situasi sebegini, tidak menunjukkan contoh yang baik."
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan