Lion City Sailors menang percuma 3-0 perlawanan Liga Juara-Juara 2 AFC
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Lion City Sailors)
SINGAPURA: Pasukan Lion City Sailors bakal mendapat peluang kedua dalam peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Dua AFC, selepas keputusan perlawanannya 1-6 dengan Sanfrecce Hiroshima pada Rabu (5 Mac), tidak akan dikira atau dibatalkan.
Ini selepas Sanfrecce Hiroshima menurunkan seorang pemain yang tidak sah dalam perlawanan itu.
Kelab Liga Perdana Singapura itu sebaliknya diberi kemenangan 3-0 dalam suku pertama perlawanan suku akhir, setelah pasukan Jepun itu menurunkan pemain penyerang warga Perancis Valere Germain, yang sepatutnya digantung daripada tiga perlawanan.
Pemain itu tampil sebagai pemain gantian untuk menjaringkan gol kelima Sanfrecce dalam perlawanan pada 5 Mac itu.
Sebelum ini hampir disingkirkan, Lion City Sailors bakal beraksi dalam pusingan kedua perlawanan suku akhir pada 12 Mac di Stadium Jalan Besar dengan markah 3-0.
Sanfrecce turut didenda AS$1,000 (S$1,300) dan hanya akan menerima separuh daripada yuran penyertaan sebanyak AS$160,000 (S$S$220,000).
Germain juga dianggap telah menjalani satu penggantungan perlawanan, menurut kenyataan yang diterbitkan di laman AFC.
Sanfrecce diberi amaran jika kesalahan itu diulang, pasukan tersebut boleh dikenakan hukuman lebih berat.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.