Lion City Sailors mara ke perlawanan akhir ACL2 selepas menang 2-1 ke atas Sydney FC
Pasukan 'underdog' Lion City Sailors menempah tempat ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) walaupun tewas 0-1 dalam perlawanan kedua separuh akhir menentang pasukan dari Australia, Sydney FC pada Rabu (16 Apr).
Pemain Lion City Sailor Diogo Costa (kanan) merebut bola dengan pemain Sydney FC Rhyan Grant. (Gambar: Lion City Sailors)
Pasukan Sailors, yang menang 2-0 dalam perlawanan pertama separuh akhir minggu lalu, terselamat daripada serangan bertubi-tubi Sydney FC di Stadium Allianz yang dirangsang oleh jaringan Joe Lolley.
Sydney FC menduduki tangga keenam dalam Liga A, manakala Sailors menduduki tempat teratas Liga Perdana Singapura.
Sailors akan menentang pasukan Sharjah FC dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan akhir ACL2 pada 18 Mei.
Lion City Sailors mara ke separuh akhir menentang Sydney FC selepas menewaskan Sanfrecce Hiroshima dengan agregat 4-1 di peringkat suku akhir.
Sebelum ini dikenali sebagai Piala AFC, ACL2 ialah kejohanan bola sepak kelab Asia peringkat kedua dengan format yang sudah diubah suai.
Kali terakhir pasukan dari Singapura mara ke peringkat kalah mati pertandingan kelab AFC adalah Home United, yang kini dikenali sebagai Sailors, pada edisi Piala AFC 2018.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.