Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lion City Sailors kukuhkan barisan pertahanan dengan bakat tempatan, Akram Azman

Anggaran Waktu Membaca:
Lion City Sailors kukuhkan barisan pertahanan dengan bakat tempatan, Akram Azman

(Gambar: Lion City Sailors)

Diterbitkan : 16 Jan 2025 03:01PM Dikemas Kini : 16 Jan 2025 03:03PM
SINGAPURA: Lion City Sailors menandatangani pemain pertahanan Akram Azman, sedang pasukan tersebut mengukuhkan barisan pertahanannya untuk baki kempen 2024/25.

Akram, 24 tahun, menyertai Lion City Sailors daripada kelab Liga Perdana Singapura (SPL) Tanjong Pagar United dengan bayaran yang tidak didedahkan. Beliau menandatangani kontrak dengan Sailors sehingga akhir musim 2025/26.

Di bawah aturan sama dengan Tanjong Pagar, bakat yang menjanjikan dari Sailors Academy, Marcus Mosses dan Izrafil Yusof, juga akan dipinjamkan ke pasukan Jaguars sehingga akhir musim ini untuk mengasah lagi kebolehan mereka.

Sebagai pemain pertahanan serba boleh yang bermain di bahagian kiri atau kanan padang dan bahkan boleh terlibat dalam serangan, Akram bakal mengukuhkan keupayaan pasukan di barisan pertahanan.

Kehadirannya adalah tambahan yang penting untuk separuh kedua musim ini.

Kelab itu menyasarkan untuk bersaing merebut SPL, Piala Singapura, selain menunjukkan kehebatan di peringkat serantau, dalam peringkat kumpulan Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee, dan di pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC (ACL) Dua.

Akram, yang pernah mewakili Singapura di peringkat bawah 23 tahun, telah menunjukkan kemajuan ketara sejak membuat penampilan profesional pertama bersama Young Lions pada 2019.

Pemindahannya ke Tanjong Pagar pada Mei 2022, sebuah kelab yang dikenali atas keupayaan menggilap bakat-bakat muda, telah menjadi titik perubahan penting dalam kerjaya bola sepaknya.

Akram dilantik sebagai kapten kelab pada Julai 2023 dan menunjukkan kematangan luar biasa, baik di dalam mahupun di luar padang, ketika memimpin rakan sepasukan yang lebih muda dan berpengalaman.

Menyifatkan detik tersebut sebagai 'pemindahan yang diimpikan', Akram bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik untuk membantu Sailors menamatkan musim dengan prestasi menyerlah.

"Saya percaya ini adalah langkah terbaik dalam kerjaya saya. Satu perkara yang pasti: Saya akan memberikan yang terbaik untuk kelab ini dan melakukan segala yang saya mampu untuk membantu kami meraih trofi yang disasarkan musim ini," ujarnya.
Sumber : BERITA Mediacorp/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan