Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lion City Sailors diberi kelulusan sementara anjur peringkat akhir ACL2 di Stadium Bishan

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah memberikan kelulusan sementara kepada Lion City Sailors untuk menganjurkan perlawanan peringkat akhir Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia 2 (ACL2) di Stadium Bishan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lion City Sailors diberi kelulusan sementara anjur peringkat akhir ACL2 di Stadium Bishan

Piala Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia 2 (ACL2). (Gambar: AFC)

Diterbitkan : 23 Apr 2025 10:45AM Dikemas Kini : 23 Apr 2025 10:46AM
SINGAPURA: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah memberikan kelulusan sementara kepada Lion City Sailors untuk menganjurkan perlawanan peringkat akhir Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia 2 (ACL2) di Stadium Bishan.

"Ini tertakluk kepada pemeriksaan akhir dan kelulusan secara rasmi oleh AFC selewat-lewatnya awal Mei," menurut Lion City Sailors dalam satu catatan media sosial pada Rabu (23 Apr).

Kelab itu menyatakan ia akan bekerjasama dengan Sport Singapore, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan beberapa pakar industri sukan dalam tempoh beberapa minggu akan datang untuk melakukan kerja-kerja peningkatan dan persiapan untuk memastikan tempat itu sedia untuk diadakan perlawanan pada 18 Mei.

Waktu bermulanya perlawanan ditetapkan pada pukul 8.00 malam dan butiran tiket perlawanan akan diumumkan apabila tiba waktunya, tambah AFC.

Minggu lalu, kelab dari Amiriah Arab Bersatu, Sharjah FC, menyuarakan kebimbangan terhadap perlawanan akhir ACL2 pada 18 Mei diadakan di Stadium Jalan Besar, dengan menyatakan bahawa ia "tidak memenuhi aspirasi peminat dan pihak berkepentingan", serta menyebut saiz dan padang tiruan sebagai sebab.
Sharjah menyatakan bahawa Stadium Jalan Besar, yang mempunyai 6,000 tempat duduk dan menggunakan padang tiruan, adalah “tidak sesuai” dari segi kapasiti dan kemudahan.

Kelab itu juga menekankan keupayaan dalam penganjuran serta kesediaan untuk menjadi tuan rumah perlawanan akhir “dengan cara yang sepadan dengan kepentingan pertandingan ini.”

Sebagai memberi respons, Sailors membalas: "Stadium Jalan Besar telah disahkan sebagai lokasi bagi ACL2 yang memenuhi peraturan dan keperluan AFC sepanjang pertandingan ini, dan telah berjaya menganjurkan enam perlawanan di padang sendiri dalam kejohanan ini sahaja."
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan