Lion City Sailors buat penampilan sulung dalam Liga Juara-Juara AFC

(Gambar: Lion City Sailors FC)
KUALA LUMPUR: Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) mengadakan pengundian maya bagi jadual perlawanan Liga Juara-Juara AFC di Kuala Lumpur awal hari ini (17 Jan).
40 kelab dari merata Asia akan bertarung dalam edisi ke-41 kejohanan kelab-kelab utama bola sepak rantau ini.
Kelab Lion City Sailors akan membuat penampilan sulung dalam Kumpulan F dan bakal berdepan juara dua kali, Urawa Red Diamonds dari Jepun serta Shandong Taishan FC, iaitu juara Liga Super China.
Juara bertahan, Al Hilal SFC dari Arab Saudi pula ditempatkan dalam Kumpulan A.
Kelab Saudi itu akan bersaing dengan kelab Istiklol dari Tajikistan.
Ini merupakan dua musim berturut-turut dua pasukan itu bersaing dalam perlawanan ini.
Semua perlawanan akan berlangsung dari 7 hingga 27 April depan dengan pusingan padan gilir akan diadakan di satu tempat yang akan diumumkan nanti.
Kelab-kelab dari Asia Barat membentuk Kumpulan A hingga E sementara Kumpulan F hingga J terdiri daripada kelab-kelab dari negara-negara Asia Timur.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.