Skip to main content

Sukan

Liga Perdana: Tottenham belasah Leeds 3-0

Harry Kane dan Son Heung-min sekali lagi membuktikan bahawa merekalah 'tangkal' bagi Tottenham apabila membantu kemenangan 3-0 kelab itu bagi menumpaskan Leeds pada Sabtu (2 Jan). 

Anggaran Waktu Membaca:
Liga Perdana: Tottenham belasah Leeds 3-0

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 03 Jan 2021 06:21PM Dikemas Kini : 03 Jan 2021 06:27PM

LONDON: Harry Kane dan Son Heung-min sekali lagi membuktikan bahawa merekalah 'tangkal' bagi Tottenham apabila membantu kemenangan 3-0 kelab itu bagi menumpaskan Leeds pada Sabtu (2 Jan). Ini sekali gus menghidupkan peluangnya mengejar kejuaraan.

Bagaimanapun, perlawanan ketiga Liga Perdana minggu ini ditanggguhkan disebabkan oleh penularan COVID-19.

Pertarungan Burnley-Fulham yang dijadualkan hari ini (3 Jan), ditangguhkan kerana ada beberapa kes positif melibatkan pasukan Fulham.

Kunjungan Fulham ke Tottenham juga ditangguhkan hanya sejam sebelum perlawanan bermula Rabu lalu, sekali gus menyebabkan Jose Mourinho kecewa.

Walaupun akhirnya mencatat kemenangan semasa berdepan Leeds setelah empat perlawanan kecundang sebelum ini, Mourinho memarahi tiga pemainnya kerana tidak mengikut peraturan ketat COVID-19.

Giovani Lo Celso, Erik Lamela dan Sergio Reguilon dilihat menghadiri keramaian besar dengan keluarga dan rakan pada Krismas bersama pemain West Ham, Manuel Lanzini.

"Kami amat kecewa dan mengkritik imej memaparkan pemain kami serta keluarga dan rakan bersama-sama pada Krismas, terutamanya apabila memikirkan pengorbanan yang dilakukan setiap orang di negara ini untuk kekal selamat dalam tempoh perayaan ini," kata satu kenyataan Tottenham.

"Perkara itu akan diselesaikan dalam kelab."

Di Padang, Kane dan Son menamatkan dua perlawanan tanpa gol untuk membawa Tottenham ke kedudukan ketiga dan hanya empat mata di belakang Liverpool dan Manchester United.

Ia adalah kali ke-13 Kane dan Son bergabung bagi mencipta gol musim ini, menyamai rekod Liga Perdana dicipta Alan Shearer dan Chris Sutton bagi Blackburn pada 1994-95. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita