Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liga Perdana tangguh perlawanan Chelsea-Liverpool, Man Utd-Leeds dek kekurangan polis

Kunjungan Liverpool ke Chelsea dan pertembungan Manchester United menentang Leeds pada Ahad (18 Sep) terpaksa ditangguhkan disebabkan masalah kekurangan polis menjelang persemadian Ratu Elizabeth II, umum Liga Perdana England (EPL)pada Isnin (12 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Liga Perdana tangguh perlawanan Chelsea-Liverpool, Man Utd-Leeds dek kekurangan polis

Perlawanan Liverpool menentang Chelsea antara perlawanan Liga Perdana yang ditangguhkan pada hujung minggu ini. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Sep 2022 11:39AM Dikemas Kini : 13 Sep 2022 11:39AM
LONDON: Kunjungan Liverpool ke Chelsea dan pertembungan Manchester United menentang Leeds pada Ahad (18 Sep) terpaksa ditangguhkan disebabkan masalah kekurangan polis menjelang persemadian Ratu Elizabeth II, umum Liga Perdana England (EPL)pada Isnin (12 Sep).

Tujuh perlawan EPL akan diteruskan hujung minggu ini, dengan perlawanan Brighton menentang Crytal Palace sebelum ini ditangguhkan kerana mogok pekerja kereta api.

Meskipun mogok tersebut sudah dibatalkan, perlawanan itu tetap dibatalkan.

Kunjungan Arsenal ke Brentfod pada Ahad juga dipercepatkan dua jam lebih awal untuk bermula pada tengah hari.

"Selepas perbincangan lanjut dengan kelab, polis, Kumpulan Penasihat Keselamatan dan pihak berkuasa berkaitan, tiada pilih lain selain menangguhkan tiga perlawanan itu," jelas EPL dalam satu kenyataan.

"Liga Perdana ingin mengucapkan terima kasih kepada Unit Polis Bola Sepak UK dan anggota polis lain di seluruh negara, serta rakan penyiar kami, atas sokongan mereka sepanjang proses ini dan akan terus berhubung dengan mereka menjelang hujung minggu ini.

"Bagi perlawanan yang berlangsung semasa tempoh berkabung, penghormatan akan diberikan kepada Ratu di stadium Liga Perdana."

Semua perlawanan di England, Scotland, Ireland Utara dan Wales ditunda minggu lalu sebagai tanda menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth.

Perlawanan Liga Europa Arsenal menentang PSV Eindhoven pada Khamis juga dibatalkan kerana operasi polis besar-besaran diperlukan di London minggu ini, dengan keranda Ratu Elizabeth diletakkan di bangunan negara antara Rabu hingga upacara persemadiannya pada 19 September.
Sumber : AFP/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa