Liga Perdana England: Liverpool belasah Arsenal 3-1
Liverpool mengukuhkan kedudukannya di tangga liga selepas menundukkan Arsenal 3-1 di Anfield.
Mohamed Salah. (Gambar: Ben Stansall/AFP)
LONDON: Liverpool mengukuhkan kedudukannya di tangga liga selepas menundukkan Arsenal 3-1 di Anfield.
Joel Matip membuka tirai jaringan Liverpool, sejurus sebelum masa rehat.
Sekali lagi Mohamed Salah membuktikan kehandalanya dalam perlawanan ini dengan menjaringkan dua gol, salah satunya hasil tendangan penalti.
Arsenal memperoleh gol sagu hati, lima minit sebelum wisel penamat.
Dengan ini Liverpool, satu-satunya pasukan yang meraih sembilan mata penuh dari tiga perlawanan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.