Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liga Juara Persekutuan Bola Sepak Afrika: Al Ahly tewaskan Zamalek 2-1

Pasukan bola sepak Mesir Al Ahly menjuarai Liga Juara Persekutuan Bola Sepak Afrika (CAF) selepas menewaskan lawannya Zamalek 2-1 dalam perlawanan akhir musim 2019-2020 pada Jumaat (27 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Liga Juara Persekutuan Bola Sepak Afrika: Al Ahly tewaskan Zamalek 2-1

(Gambar: Al Ahly SC/Twitter)

Diterbitkan : 28 Nov 2020 09:03PM Dikemas Kini : 28 Nov 2020 09:23PM

KAHERAH: Pasukan bola sepak Mesir Al Ahly menjuarai Liga Juara Persekutuan Bola Sepak Afrika (CAF) selepas menewaskan lawannya Zamalek 2-1 dalam perlawanan akhir musim 2019-2020 pada Jumaat (27 Nov).

Gol kemenangan dijaringkan pemain muda Mohamed Magdy hanya empat minit sebelum masa berakhir.

Ia kali terakhir memenangi liga CAF pada tahun 2013.

Atas langkah-langkah keselamatan mencegah COVID-19, para peminat tidak dibenarkan menyaksikan perlawanan itu di Stadium Antarabangsa Kaherah.

Namun, itu tidak menghalang para peminat dari keluar menonton menerusi televisyen di kafe-kafe berdekatan stadium.

Mereka kemudian meraikan kemenangan pasukan kegemaran mereka di tengah-tengah jalan raya sibuk.

Ratusan kenderaan juga kelihatan melambaikan bendera, membunyikan hon dan melepaskan bunga api.

Perlawanan semalam juga yang pertama kali sejak 1965 di mana hanya satu saja perlawanan bertarung dalam peringkat akhir.

Sumber : Agensi berita/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan