Liga bola sepak wanita S'pura diperluas setelah menang hadiah wang tunai
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Semasa berusia lapan tahun, Nur Izzati Rosni mengikut saudara lelaki pergi bermain bola sepak, sebagai satu-satunya budak perempuan dalam pasukan bola sepak yang semuanya lelaki.
Tahun ini, gadis berusia 22 tahun itu merupakan penjaring gol terbanyak dalam Liga Perdana Wanita Singapura (WPL) berikutan musim bersejarah yang menyaksikan pasukannya, juara Lion City Sailors FC, menerima hadiah wang terbesar dalam sejarah liga tersebut.
Liga bola sepak wanita peringkat tertinggi negara itu merangkul tajaan pertamanya tahun ini sejak pelancaran pasukan bola sepak itu pada 2000, dengan hadiah wang tunai berjumlah S$25,000 buat juara - lima kali ganda lebih tinggi daripada musim sebelum ini.
Penaja utama, firma perunding Deloitte akan mempertingkatkan persada bola sepak wanita tempatan dengan tajaan lebih S$300,000 dalam perjanjian tiga tahun.
Liga itu mengumumkan akan menambah dua lagi pasukan dalam musim yang akan datang - membawa jumlah keseluruhan pasukan kepada sembilan - sedang ia berusaha untuk meningkatkan taraf pemain dan memutik minat global kepada bola sepak wanita.
TINGKATKAN TARAF,WUJUDKAN KESEDARAN
Mendapatkan penaja seperti Deloitte akan meningkatkan taraf bagi sukan itu seperti bantuan kewangan bagi latihan, kemudahan, perubatan, sains sukan dan juga ganjaran kewangan, kata Encik Chew Chun-Liang, ketua pegawai eksekutif Lion City Sailors FC.
Para pemain berharap bahawa dengan membawa lebih banyak penaja boleh meringankan beban kepada atlit yang kebanyakannya harus mengimbangi sukan itu dengan kerja ataupun sekolah.
Para pemain bola sepak wanita di Singapura menerima ganjaran kewangan yang kecil - lazimnya hanya elaun perjalanan - berbanding pemain profesional di dalam liga lelaki, kata Encik Walton.
Kelab-kelab bola sepak dan para jurulatih berharap bahawa dengan adanya penaja, ia boleh mencetuskan lebih banyak kesedaran dalam kalangan media dan menarik lebih banyak peminat.
BOLA SEPAK WANITA MERAIH LEBIH BANYAK PEMINAT
Di peringkat antarabangsa, bola sepak wanita kian menarik lebih ramai peminat dengan beberapa liga di Eropah mencecah rekod penonton tahun ini.
Di peringkat tempatan pula, ia menyaksikan trend yang serupa. Terdapat bilangan penonton yang semakin bertambah dan acara yang memerlukan penonton membeli tiket juga menarik jumlah penonton yang ramai, Cik Julie Teo, pengerusi jawatankuasa wanita di Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), memberitahu Mediacorp.
Dengan liga wanita yang semakin diperluas, peminat boleh menjangkakan lebih banyak perlawanan, pelbagai tempat yang berbeza dan kemungkinan menarik pemain bola sepak asing.
Encik Walson berkata beliau berharap lebih banyak wanita akan menceburi sukan bola sepak sebagai sukan yang melambangkan pelbagai peluang seperti biasiswa pendidikan untuk melanjutkan pengajian ke universiti.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.