Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liga bola sepak Eropah cipta rekod baru; perbelanjaan bagi pikat pemain terus meningkat

Kelima-lima liga utama Eropah membelanjakan AS$4.21 bilion (S$5.8 bilion) sepanjang tempoh perpindahan pemain pada musim panas.

Anggaran Waktu Membaca:
Liga bola sepak Eropah cipta rekod baru; perbelanjaan bagi pikat pemain terus meningkat

Cristiano Ronaldo. (Gambar: Andreas Solaro/AFP)

Diterbitkan : 13 Sep 2018 08:02AM Dikemas Kini : 13 Sep 2018 08:19AM

PARIS: Kelima-lima liga utama Eropah membelanjakan AS$4.21 bilion (S$5.8 bilion) sepanjang tempoh perpindahan pemain pada musim panas.

Ini menurut tinjauan yang diterbitkan oleh FIFA pada Rabu (12 Sep).

Jumlah yang dibelanjakan oleh kelab-kelab bola sepak di England, Sepanyol, Jerman, Itali dan Perancis adalah 6.6 peratus lebih tinggi berbanding AS$3.95 bilion (S$5.4 bilion) yang dibelanjakan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

Liga Perdana England menyumbang jumlah yang lebih besar berbanding liga-liga lain di Eropah, dengan 20 kelab bola sepak di negara itu membelanjakan AS$1.44 bilion (S$2 bilion) secara keseluruhannya.

Namun, peningkatan yang paling ketara adalah di Itali, di mana liga negara itu menyaksikan perbelanjaannya melonjak hampir 75 peratus.

Sebahagian besar jumlah itu adalah bagi memikat Cristiano Ronaldo dari Real Madrid ke Juventus dengan yuran perpindahan bernilai 100 juta euro.

Perbelanjaan kelab-kelab di Sepanyol pula mencatat peningkatan 42.2 peratus.

Jumlah yang dibelanjakan oleh kelab-kelab di merata dunia antara 1 Jun hingga 1 September mencecah paras rekod AS$5.44 billion (S$7.5 bilion) semasa tempoh perpindahan pemain bagi 182 daripada 211 persatuan yang menganggotai FIFA dibuka.

Perangkaan itu adalah berdasarkan analisis Sistem Pemadanan Perpindahan Antarabangsa FIFA yang mendaftarkan semua perpindahan pemain.

Sumber : AFP/AW/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan