Liga belia baharu, sistem pentauliahan akademi antara inisiatif FAS kembangkan bola sepak akar umbi
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: FAS)
SINGAPURA: Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Khamis (3 Ogos) mendedahkan beberapa inisiatif bertujuan untuk mengembangkan ekosistem bola sepak akar umbi tempatan.
Ini termasuk liga belia baharu serta sistem pentauliahan untuk mengiktiraf dan menyokong akademi bola sepak bermula 2024.
Sedang bola sepak peringkat akar umbi di Singapura mula memainkan peranan penting dari segi mengenal pasti dan memupuk bakat, beberapa pihak berkepentingan juga akan menerima pengiktirafan dan pampasan atas usaha mereka dalam pembangunan belia.
Berucap kepada wartawan pada Khamis, pemangku presiden FAS Bernard Tan menyifatkan sistem akar ubi sekarang sebagai "agak bersemangat", namun buat masa ini, tiada faktor yang membawa pihak berkepentingan itu bersama.
KENAL PASTI PEMAIN BELIA DENGAN LEBIH BAIK
Ini bermula dengan Sistem Pentauliahan Akademi (AAS), yang merangkumi tiga peringkat dengan syarat berbeza.
Mereka yang menyertai AAS akan ditauliah berdasarkan kriteria seperti pengenalan bakat, latihan dan prestasi pemain. Akademi yang berjaya akan diberikan tauliah berbeza peringkat, yang bermula dari peringkat satu (peringkat tertinggi) hingga peringkat tiga (peringkat asas).
Selepas berunding dengan sejumlah akademi, 40 daripadanya menunjukkan minat. FAS akan terus mendampingi akademi-akademi tersebut dalam perbincangan yang dijadualkan pada masa depan.
Demikian menurut bekas pemain antarabangsa Singapura, Baihakki Khaizan, yang juga ketua perancangan FAS.
AAS juga akan membenarkan FAS melaksanakan pangkalan data "menyeluruh" pemain belia serta mengikuti perkembangan mereka bermula dari waktu mereka didaftar.
Pemain dari kelab atau akademi dalam sistem AAS akan dimasukkan ke dalam program mengenal pasti bakat FAS dan mereka mempunyai peluang untuk menyertai Pusat-Pusat Pembangunan Negara atau berlatih bersama pasukan negara mengikut usia.
Setelah ditauliah di bawah AAS, akademi tersebut layak untuk menerima pampasan latihan domestik dan sistem insentif bermula tahun depan.
LIGA BELIA BAHARU
AAS juga akan menyediakan "saluran" kepada satu pertandingan yang berstruktur, iaitu Liga Belia Singapura (SYL) baharu. Ia dijangka bermula pada 2024, dengan perlawanan pada hujung minggu.
Pertandingan itu melibatkan kanak-kanak kumpulan usia berbeza dari bawah lapan tahun, 10 tahun dan 12 tahun. Mereka akan bertanding dalam perlawanan skala kecil sepanjang 33 minggu.
Dengan pengenalan Liga Belia Singapura, lebih ramai sukarelawan diperlukan.
FAS juga sudah menubuhkan sebuah program sukarelawan baharu yang bertujuan untuk menarik, melatih dan mengurus sukarelawan yang memainkan peranan dalam aspek operasi bola sepak yang berbeza, dari latihan, operasi perlawanan hingga pengurusan acara.
Program tersebut akan dilancarkan apabila SYL bermula. Ia akan memastikan sukarelwan menerima pengiktirafan serta "latihan dan sokongan yang wajar".

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.