Skip to main content

Sukan

Liga Australia beri kelonggaran 90 saat berbuka puasa ketika perlawanan sepanjang Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
Liga Australia beri kelonggaran 90 saat berbuka puasa ketika perlawanan sepanjang Ramadan

Saingan utama Liga Australia telah memperkenalkan sistem untuk memberi ruang buat pemain beragama Islam berbuka puasa ketika perlawanan sedang berjalan. (Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 01 Mar 2025 01:13PM
CANBERRA: Australia mengambil pendekatan terpuji selepas meneruskan idea sejak musim lalu bagi menghormati golongan Muslim yang berpuasa dalam bulan Ramadan tahun ini.

Saingan utama Liga Australia telah memperkenalkan sistem untuk memberi ruang buat pemain beragama Islam berbuka puasa ketika perlawanan sedang berjalan.

Tindakan tersebut disambut baik semua pihak memandangkan ia adalah kesempatan terbaik selain dianggap mesra terhadap pemain Muslim yang sedang melakukan ibadah wajib itu.

Aksi akan dihentikan seketika selama 90 saat sekiranya melepasi waktu azan Maghrib dengan bola akan dikeluarkan daripada permainan.

Inisiatif itu bertujuan untuk meraikan semua golongan pemain dan peminat bola sepak yang sudah memberi kemeriahan kepada dunia.

"Ramadan ialah tempoh suci buat segelintir penyokong.

“Dasar ini penting demi menjaga kebajikan pemain dan pegawai tetapi pada masa sama, memastikan mereka yang perlu mengikuti peristiwa agama yang penting merasa diri mereka disokong dalam sukan ini.

“Bola sepak terus menunjukkan bahawa ia meraikan kebersamaan untuk semua," kata pengerusi liga, Stephen Conroy.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita