Lewis Hamilton juara Grand Prix Formula 1 S’pura
Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Singapura pada Ahad (16 Sep) sekali gus mencerahkan harapannya untuk menggondol kejohanan dunia berbanding Sebastian Vettel.
Hamilton mendahului perlumbaan Grand Prix Singapura. (Gambar: Kim Hong-Ji/Reuters)
SINGAPURA: Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Singapura pada Ahad (16 Sep) sekali gus mencerahkan harapannya untuk menggondol kejohanan dunia berbanding Sebastian Vettel.
Dengan hanya tinggal enam perlumbaan, Hamilton mendahului Vettel dengan kelebihan 40 mata.
Pelumba Mercedes itu mendahului perlumbaan sejak dari awal lagi, dengan pelumba Red Bull Max Verstappen lebih lapan saat di belakangnya dan pemandu Ferrari, Vettel di tempat ketiga.
Litar Perlumbaan Marina Bay disifatkan ramai sebagai antara litar paling mencabar di dunia, dengan cuaca panas Singapura menyukarkan lagi keadaan.
Tempoh perlumbaan, dengan setiap satu daripada 61 pusingan sejauh 5.063 kilometer dengan 23 selekor dan 80 perubahan gear - lebih daripada perlumbaan Formula 1 yang lain - bermakna para pelumba dan kereta lumba perlu berada dalam keadaan baik sepanjang perlumbaan.
Ia adalah kemenangan keempat Hamilton di Litar Marina Bay, yang sebelum ini beliau muncul juara pada tahun 2009, 2014 dan 2017.
Hamilton mendahului senarai pelumba dengan 281 mata, manakala Vettel mempunyai 241 mata.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.