Leicester naik ke tangga ke-2 dengan kemenangan 2-0 ke atas Southampton
Leicester City mengatasi juara Liverpool apabila ia mendaki ke tangga kedua Liga Perdana England selepas gol babak pertama James Maddison dan satu lagi jaringan dalam masa tambahan oleh Harvey Barnes menjamin kemenangan 2-0 ke atas Southampton pada Sabtu (16 Jan).
LEICESTER: Leicester City mengatasi juara Liverpool apabila ia mendaki ke tangga kedua Liga Perdana England selepas gol babak pertama James Maddison dan satu lagi jaringan dalam masa tambahan oleh Harvey Barnes menjamin kemenangan 2-0 ke atas Southampton pada Sabtu (16 Jan).
Maddison melepaskan tendangan kencang membolosi Alex McCarthy pada minit ke-37 dalam separuh pertama dan Barnes berjaya menyempurnakannya dengan baik sedang Leicester meraih hanya kemenangan keempat mereka musim ini.
Walaupun perhatian tertumpu kepada pertarungan Ahad antara Liverpool dengan pasukan di tangga teratas Manchester United, Leicester menunjukkan sekali lagi bahawa mereka tidak boleh dipandang remeh dalam persaingan merebut gelaran juara.
Anak didik Brendan Rodgers kini mengutip 35 mata dari 18 perlawanan, satu mata di belakang United dan dua mata mendahului Liverpool. Manchester City, yang juga ketinggalan di belakang Leicester menjelang pertembungan Ahad dengan Crystal Palace, mempunyai 32 mata.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.