Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Leicester, Leeds tersingkir dari Liga Perdana England, Everton selamat

Anggaran Waktu Membaca:
LIVERPOOL: Leicester tersingkir daripada Liga Perdana England hanya selepas tujuh tahun menjuarainya, manakala Everton kekal bersaing dalam liga tertinggi England sejak 69 tahun selepas menewaskan Bournemouth 1-0 pada Ahad (29 Mei).

Leeds juga akan kembali ke Liga Kejuaraan selepas tiga musim dalam Liga Perdana apabila penyingkirannya disahkan dengan kekalahan 4-1 kepada Tottenham.

Abdoulaye Doucoure muncul wira Everton selepas pemain tengah Mali itu meledak gol pada minit ke-57 aksi di Goodison Park.

Leicester terpaksa kembali ke Liga Kejuaraan walaupun menang 2-1 ke atas West Ham.

Menjaringkan gol menjadi masalah utama buat anak buah Dyche yang kehilangan penyerang prolifiknya, Dominic Calvert-Lewin.

Leicester berjaya meraih kemenangan kedua dalam 17 perlawanan, namun sudah terlewat untuk menyelamatkan musim mereka.

Wout Faes menanduk masuk gol kemenangan Leicester selepas minit ke-60, tetapi penyokong di Stadium King Power sedar Everton sedang mendahului dan mereka memerlukan bantuan Bournemouth untuk menyelamatkan pasukan daripada tersingkir.

Leeds pula perlu mengharapkan beberapa keputusan perlawanan lain namun jaringan minit kedua Harry Kane di Elland Road menutup peluang mereka sepenuhnya.

"Ia membunuh diri secara profesional. Kami melakukan kesilapan kritikal pada waktu yang salah," kata pengendali Leeds, Sam Allardyce.

Kemenangan Spurs tidak cukup buat mereka untuk layak ke Liga Konferens Eropah musim depan selepas Aston Villa menewaskan Brighton 2-1 untuk mengesahkan kedudukan di tangga ketujuh.

Manchester City, yang sudah bergelar juara, akhirnya tewas buat kali pertama selepas 25 perlawanan apabila Brentford menewaskan anak buah Pep Guardiola 1-0.

Arsenal menebus kekecewaan terlepas gelaran Liga Perdana England dengan membelasah Wolves 5-0.

Manchester United mengesahkan kedudukan di tangga ketiga dengan kemenangan 2-1 ke atas Fulham, manakala Newcastle diikat 1-1 oleh Chelsea untuk kekal di tangga keempat.

Southampton, yang sudah tersingkir, mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Perdana England dengan mengikat Liverpool 4-4 di St Mary's.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan