Skip to main content

Sukan

Leicester City tewaskan Cardiff City 1-0

Leicester City mencatat kemenangan 1-0 ke atas Cardiff City sekaligus mendedikasikan kemenangan itu khas untuk pemilik kelab, mendiang Vichai Srivaddhanaprabha. 

Anggaran Waktu Membaca:
Leicester City tewaskan Cardiff City 1-0
Diterbitkan : 04 Nov 2018 07:48PM Dikemas Kini : 04 Nov 2018 07:55PM

WALES: Leicester City mencatat kemenangan 1-0 ke atas Cardiff City sekaligus mendedikasikan kemenangan itu khas untuk pemilik kelab, mendiang Vichai Srivaddhanaprabha.

Mendiang meninggal dunia minggu lalu selepas helikopter yang dinaikinya terhempas di luar stadium Leicester City.

Perlawanan semalam dimulakan dengan kedua-dua pasukan memberi penghormatan selama seminit kepada mendiang Vichai.

Namun, ini tidak mematahkan semangat The Foxes itu yang berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan melalui Demarai Gray.

Pasukan Leicester kini berada di Thailand untuk memberi penghormatan terakhir mereka. 

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita