Skip to main content

Sukan

Legenda SG 1993 tebus kekalahan, tundukkan Kedah 2-1 selepas 33 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Legenda SG 1993 tebus kekalahan, tundukkan Kedah 2-1 selepas 33 tahun

Pasukan legenda Singapura menundukkan pasukan legenda Kedah 2-1, di hadapan sekitar 10,000 penonton di Stadium Langkawi pada Sabtu, 29 Ogos 2026. (Gambar: Facebook/Mohd Saiful Mustafa)

Diterbitkan : 30 Aug 2026 01:42PM Dikemas Kini : 30 Aug 2026 01:45PM
LANGKAWI: Selepas 33 tahun, barisan legenda Singapura 1993 akhirnya menebus kekalahan kepada Kedah apabila menang 2-1 dalam kejohanan Nostalgia Piala Merdeka Langkawi (LMCN) 1993 di Stadium Langkawi pada Sabtu (29 Ogos) malam, seperti dilaporkan BH Online Malaysia.

Kemenangan itu sekali gus menobatkan Singapura sebagai juara kejohanan yang menemukan semula hampir 95 peratus pemain kedua-dua pasukan yang beraksi semasa peringkat akhir Piala Malaysia 1993.

Pada peringkat akhir di Stadium Merdeka 33 tahun lalu, Kedah menjulang Piala Malaysia selepas menumpaskan Singapura 2-0.

Singapura membuka jaringan menerusi Saswadimata Dasuki semasa separuh masa pertama sebelum Lim Tong Hai menggandakan kelebihan pada separuh masa kedua. Gol tunggal Kedah dijaringkan Mohd Nidzam Adzha.
Related article image
Pasukan legenda Singapura dinobatkan juara Nostalgia Piala Merdeka Langkawi 1993 di Stadium Langkawi pada Sabtu 29 Ogos 2026. (Gambar: Mohd Saiful Mustafa)
Barisan legenda Singapura menampilkan Mohamed Bashir Khan sebagai penjaga gol bersama Saswadimata, Siva Kumar, Razali Saad, E Manimohan, Yahya Madon, Lim Tong Hai, Abbas Saad, Malek Awab, Steven Tan dan kapten, Fandi Ahmad.

Kedah pula dibarisi Azmi Mahmud sebagai penjaga gol, selain Tibor Szaban, V Thinagaran, Farouk Ismail, Lee Tiong Kim, Olubunmi Adigun, Mohd Nidzam, Faridzuan Che Hamid, Fariza Ismail, Syed Alwi Syed Abdullah dan kapten, Radhi Mat Din.

Pertemuan nostalgia itu turut menyaksikan Robert Alberts dan P N Sivaji kembali membimbing pasukan masing-masing di hadapan sekitar 10,000 penonton.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dan Penaung Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah (PBMK) Zuraidi Rahim, turut diturunkan sebagai pemain gantian Kedah untuk beberapa minit.
Sumber : Agensi berita/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita