Legenda bola sepak Pele tidak dimasukkan ke hospital
Jurucakap Pele menyangkal laporan bahawa legenda bola sepak Brazil itu dimasukkan ke hospital.
BRAZIL: Jurucakap Pele menyangkal laporan bahawa legenda bola sepak Brazil itu dimasukkan ke hospital.
Penjelasan itu diberikan selepas Pele membatalkan rancangan ke London hujung minggu ini bagi menghadiri jamuan malam anjuran Persatuan Para Penulis Bola Sepak Britain untuk memberi penghormatan kepadanya.
Menurut persatuan itu Pele dimasukkan ke hospital setelah beliau rebah kerana kelelahan.
Namun jurucakapnya menerangkan Pele
membatalkan rancangan ke London kerana amat sukar baginya untuk menempuh perjalanan begitu jauh dari Brazil ke Britain.
Pele, tambahnya, sedang berehat di rumah dan melakukan fisioterapi.
Berusia 77 tahun, Pele merupakan satu-satunya pemain yang menang tiga kejohanan Piala Dunia.
Keuzurannya juga menyebabkan Pele tidak dapat melakukan penyalaan Obor Sukan Olimpik Rio tahun 2016.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.