Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Legenda bola sepak Pele dibenarkan pulang dari hospital

 Legenda bola sepak Pele sudah dibenarkan pulang dari hospital di Paris dan akan kembali ke Brazil "dalam beberapa jam", menurut laporan media Brazil pada Isnin (8 Apr) yang menukil jurucakap beliau.

Anggaran Waktu Membaca:
Legenda bola sepak Pele dibenarkan pulang dari hospital

Pele (kiri) (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Apr 2019 08:12AM Dikemas Kini : 09 Apr 2019 08:19AM

PARIS: Legenda bola sepak Pele sudah dibenarkan pulang dari hospital di Paris dan akan kembali ke Brazil "dalam beberapa jam", menurut laporan media Brazil pada Isnin (8 Apr) yang menukil jurucakap beliau.

Bekas pemain 78 tahun itu dibenarkan pulang selepas Neymar menziarahinya di hospital yang terletak di pinggir bandar ibu kota Perancis itu.

Pemain penyerang Paris Saint-Germain itu memuat naik gambar di akaun Instagram beliau menunjukkan dirinya bersama Pele di hospital berjabat tangan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih yang mendalam atas ingatan positif dan kata-kata semangat anda," kata Pele dalam satu kenyataan yang ditukil laman berita Brazil, Globo Sport.

"Atas kasih sayang pasukan perubatan di hospital Amerika di Paris, saya akan pulang tidak lama lagi."

Pemenang tiga kali Piala Dunia itu dimasukkan ke hospital Rabu lalu kerana jangkitan pada saluran kencing, sehari selepas beliau muncul di satu acara promosi bersama penyerang Perancis, Kylian Mbappe.

Media Brazil, G1 melaporkan bahawa Pele berhasrat untuk pulang dari hospital pada Sabtu untuk kembali ke Brazil namun ditangguhkan kerana ujian-ujian lanjut.

Jangkitan yang beliau alami didapati tidak begitu serius dan dapat dikawal, menurut mereka yang mengiringnya.

"Terima kasih banyak atas segala kasih sayang! Antibiotiknya berkesan," menurut Pele di Twitter pada Jumaat. "Saya berasa lebih sihat dan saya rasa mungkin sudah bersedia untuk bermain (bola sepak) lagi!"

Pele mengalami beberapa masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu.

Satu jangkitan serupa menyebabkan Pele dimasukkan ke rawatan intensif pada November 2014

Pada 2016, Pele tidak dapat menyalakan obor di Olimpik Rio kerana sakit yang teruk di pinggulnya.

Pada Januari 2018 pula, beliau membatalkan lawatan ke London kerana bimbang tentang perjalanan yang "penuh tekanan" dan "meletihkan".

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan