Legenda bola sepak Brazil, Pele masuk semula hospital; keadaan 'tidak bahayakan nyawa'
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AFP/Miguel Schincariol
SAO PAULO: Legenda bola sepak Brazil, Pele, dimasukkan semula ke hospital di Sao Paulo.
Demikian lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan anak perempuannya pada Rabu (30 Nov).
"Hai, kawan-kawan. Pelbagai laporan di media mengenai kesihatan ayah saya. Beliau berada di hospital untuk menjalani rawatan susulan.
"Tiada sebarang situasi yang mencemaskan atau membahayakan nyawa. Saya akan berada di sana untuk sambutan Tahun Baru dan berjanji untuk menyiarkan beberapa foto. Benar-benar menghargai keprihatinan dan kasih sayang semua!" kata Kely Nascimento menerusi catatan di Instagram.
Bekas bintang bola sepak berusia 82 tahun itu menjalani pembedahan barah kolon pada September 2021 dan sudahpun keluar masuk hospital sejak itu.
Dianggap sebagai antara pemain bola sepak terhandal sepanjang zaman, Pele merangkul tiga kejuaraan Piala Dunia FIFA bersama pasukan kebangsaan Brazil pada 1958, 1962, dan 1970.
Pele adalah penjaring gol terbanyak Brazil, dengan 77 gol bagi 92 perlawanan untuk negaranya.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.