Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Leclerc gigit jari, Hamilton muncul juara di Bahrain

Juara dunia sebanyak lima kali, Lewis Hamilton meraih kemenangan bagi Mercedes di Grand Prix Bahrain pada Ahad (31 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Leclerc gigit jari, Hamilton muncul juara di Bahrain

Leclerc diramal akan menjadi juara termuda Ferrari pada usia 21 tahun, setelah bermula di petak pertama. (Gambar: Thaier Al-Sudani/Reuters)

Diterbitkan : 01 Apr 2019 10:17AM Dikemas Kini : 01 Apr 2019 10:20AM

MANAMA: Juara dunia sebanyak lima kali, Lewis Hamilton meraih kemenangan bagi Mercedes di Grand Prix Bahrain pada Ahad (31 Mac). Ini setelah masalah enjin dihadapi oleh pelumba Ferrari Charles Leclerc memusnahkan harapannya untuk muncul juara.

Leclerc diramal akan menjadi juara termuda Ferrari pada usia 21 tahun, setelah bermula di petak pertama dan mendahului perlumbaan itu dengan baik sekali. Bagaimanapun, beliau terpaksa berpuas hati menduduki tempat ketiga.

Hamilton dan rakan sepasukannya Valtteri Bottas, memandu lebih pantas daripada pelumba Ferrari itu, memintasnya dengan amat mudah sekali.

"Ia sesuatu yang amat malang bagi Charles," kata Hamilton setelah bermula di petak ketiga semasa perlumbaan itu dan di belakang pelumba-pelumba Ferrari.

"Beliau memandu dengan amat baik sekali. Kami mesti berusaha lebih gigih untuk memastikan mereka terus di belakang kami," tambah Hamilton, yang memeluk Leclerc setelah keluar daripada kereta lumba masing-masing.

Perlumbaan itu diakhiri dengan kereta keselamatan dikerahkan bagi menarik keluar kereta lumba Renault, Daniel Ricciardo.

"Saya tidak menjangkakan keputusan ini sama sekali," tambah Hamilton, yang sebelum ini mengadu mengalami masalah pada tayar-tayarnya.

Kemenangan ini adalah yang ke-74 dalam kerjaya Hamilton, tetapi kejuaraan yang pertama bagi musim ini. Beliau kini hanya ketinggalan 17 kemenangan berbanding rekod yang dicipta Michael Schumacher, yang meraih sebanyak 91 kemenangan.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan