Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lebih ramai penyokong boleh tonton perlawanan SPL mulai 18 Mac

Lebih ramai penyokong dibenarkan untuk menonton perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) mulai Jumaat (18 Mac), dengan had jumlah penonton ditetapkan pada 50 peratus daripada kapasiti setiap tempat.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih ramai penyokong dibenarkan untuk menonton perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) mulai Jumaat (18 Mac), dengan had jumlah penonton ditetapkan pada 50 peratus daripada kapasiti setiap tempat.

Demikian menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Khamis (17 Mac).

Langkah itu sejajar dengan pengurusan selamat COVID-19 diperkemas yang berkuat kuasa pada Selasa (15 Mac) di mana Pemerintah menggugurkan had jumlah tertentu bagi acara yang dianjurkan.

Had jumlah penyokong bagi lima tempat perlawanan SPL pada musim ini adalah - 3,000 di Stadium Jalan Besar; 2,500 di Hab Tampines Kita dan 1,500 setiap satu di Stadium Toa Payoh, Stadium Hougang dan Stadium Jurong East.

Walaupun jarak selamat tidak lagi perlu dilaksanakan, penonton tetap perlu memakai pelitup dan harus lengkap divaksin untuk memasuki tempat perlawanan.

Kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah, tidak kira status vaksinasi mereka, perlu ditemani seorang dewasa yang sudah lengkap divaksin untuk dibenarkan masuk ke tempat perlawanan, menurut FAS.

Setiap satu daripada lapan kelab SPL akan mengendalikan sendiri kesemua operasi penjualan tiket bagi perlawanan masing-masing, menurut FAS.

Penyokong dinasihati memeriksa dengan kelab masing-masing mengenai butiran penjualan tiket.

Penonton yang memasuki tempat perlawanan perlu menjalani protokol keselamatan yang biasa di tempat-tempat perlawanan, termasuk pemeriksaan beg.

Mereka dinasihati supaya tidak membawa beg serta barangan yang dilarang apabila menghadiri perlawanan.

Makanan dan minuman tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam stadium, menurut FAS.

Peralatan muzik, sepanduk dan bendera tertakluk kepada kelulusan di pintu masuk dan tidak seharusnya melanggar langkah keselamatan atau penyeliaan, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan