Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lebih ramai penonton dibenarkan ke perlawanan SPL mulai April

Jumlah penonton yang dibenarkan di perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) akan dinaikkan kepada 75 peratus kapasiti lokasi mulai esok (1 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih ramai penonton dibenarkan ke perlawanan SPL mulai April

Penonton di Stadium Hougang pada 24 April 2021. (Gambar fail: SPL)

Diterbitkan : 31 Mar 2022 05:40PM Dikemas Kini : 31 Mar 2022 06:06PM

SINGAPURA: Jumlah penonton yang dibenarkan di perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) akan dinaikkan kepada 75 peratus kapasiti lokasi mulai esok (1 Apr).

Had yang disemak itu selaras dengan pelonggaran langkah-langkah COVID-19 di Singapura, yang bermula pada Selasa lalu (29 Mac), menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam kenyataan media hari ini (31 Mac).

Pengumuman itu dibuat selepas had tersebut dinaikkan kepada 50 peratus kapasiti lokasi perlawanan pada Mac lalu.

Had jumlah penonton bagi lokasi perlawanan untuk lima SPL musim ini akan menjadi 4,500 di Stadium Jalan Besar, 3,750 di Hab Tampines Kita dan masing-masing 2,250 di Stadium Toa Payoh, Stadium Hougang serta Stadium Jurong East.

Meskipun jarak sosial tidak dikehendaki, penonton digalakkan supaya memakai pelitup mereka sebaik sahaja berada di dalam stadium.

Kemasukan semula ke stadium akan dibenarkan tetapi penonton disyaratkan perlu lengkap divaksin untuk masuk.

Kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah, tidak kira status vaksinasi mereka, mesti ditemani oleh seorang dewasa yang lengkap divaksin untuk masuk ke stadium, menurut FAS.

Penonton boleh makan dan minum tetapi hanya di kawasan khusus yang ditetapkan di dalam stadium, tertakluk kepada syarat-syarat sedia ada untuk duduk makan di premis. Ini termasuk makan dan minum di tempat yang ditetapkan, mematuhi jarak selamat dan berada dalam kumpulan tidak melebihi 10 orang.

Secara berasingan, FAS juga mengumumkan penjadualan semula dua perlawanan Young Lions pada April untuk membolehkan mereka menjalani latihan tempatan berpusat untuk mempersiapkan diri bagi Sukan Asia Tenggara di Hanoi.

Pasukan itu dijadualkan berentap dengan Geylang International pada 23 April dan Tampines Rovers pada 27 April tetapi ia kini akan mengadakan perlawan tersebut masing-masing pada 21 Jun dan 24 Ogos.

Perlawanan minggu kelima SPL disambung semula pada Jumaat, bermula dengan Hougang United menentang Albirex Niigata.

Anda boleh saksikan siaran langsung dan video ikut permintaan perlawanan Liga Perdana Singapura AIA 2022 secara percuma di mewatch.sg/channels/LIVE-5-98202 serta sorotan perlawanan di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan