Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lebih banyak perlawanan dalam musim baru Liga Perdana S'pura

Musim baru Liga Perdana Singapura (SPL) AIA bagi 2022 bermula pada 25 Februari. Lapan kelab, masing-masing dijadual beraksi dalam 28 perlawanan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Musim baru Liga Perdana Singapura (SPL) AIA bagi 2022 bermula pada 25 Februari. Lapan kelab, masing-masing dijadual beraksi dalam 28 perlawanan.

Demikian diumumkan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Selasa (25 Jan).

Liga kali ini bertukar format dari beraksi dalam tiga perlawanan sahaja menjadi empat perlawanan yang akan berakhir pada pertengahan Oktober.

Ini menambah jumlah jumlah perlawanan untuk "menyuntik tahap persaingan yang lebih tinggi, di samping memberi peluang kepada pemain untuk beraksi lebih lama di padang", menurut FAS.

"Jumlah perlawanan yang bertambah bermakna kelab dapat mendaftarkan 20 pemain bagi setiap perlawanan," menurut FAS.

"Seramai sembilan pemain ganti dibenarkan bagi setiap pasukan - berbanding tujuh sebelum ini - dan setiap kelab boleh membuat lima pertukaran pemain bagi setiap perlawanan.

"Perubahan-perubahan ini sejajar dengan garis panduan sedia ada dari Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa."

Musim SPL tahun ini dimulakan dengan pertembungan antara juara bertahan Lion City Sailors menentang Albirex Niigata pada 19 Februari dalam perlawanan Perisai Masyarakat AIA.

Perlawanan itu merupakan pembuka tirai bagi musim baru SPL yang akan kembali buat kali ke-14 setelah ia digantung pada 2020 dan 2021 kerana pandemik.

Dengan kemunculan semula Piala Singapura, yang dijadual bermula pada 25 Oktober, lebih 120 perlawanan bola sepak dijadualkan bagi musim bola sepak tempatan untuk tahun ini, menurut FAS.

Seperti musim-musim sebelumnya, sehingga 1,000 penonton dibenarkan di setiap perlawanan.

Penyokong harus menunjukkan bukti mereka lengkap divaksin. Lebih banyak maklumat boleh didapatkan dari laman SPL.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan