Skip to main content

Sukan

Lebih 890 ditahan dalam keganasan raikan kemenangan PSG di Perancis

Lebih 890 orang ditahan di seluruh Perancis selepas sambutan kemenangan pasukan bola sepak Paris Saint-Germain (PSG) ke atas Arsenal dalam Liga Juara-Juara Eropah bertukar ganas pada hujung minggu lalu, kata Menteri Dalam Negeri Perancis Laurent Nunez pada Isnin (1 Jun), lapor Anadolu Ajansi (AA), yang memetik penyiar Perancis, Business FM Television (BFMTV).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 890 ditahan dalam keganasan raikan kemenangan PSG di Perancis

Jumlah penahanan itu merupakan peningkatan lebih 45% berbanding tahun sebelumnya. (Gambar: AP/Thomas Padilla)

Diterbitkan : 01 Jun 2026 09:46PM
ISTANBUL: Lebih 890 orang ditahan di seluruh Perancis selepas sambutan kemenangan pasukan bola sepak Paris Saint-Germain (PSG) ke atas Arsenal dalam Liga Juara-Juara Eropah bertukar ganas pada hujung minggu lalu, kata Menteri Dalam Negeri Perancis Laurent Nunez pada Isnin (1 Jun), lapor Anadolu Ajansi (AA), yang memetik penyiar Perancis, Business FM Television (BFMTV).

Bercakap kepada France Inter, Encik Nunez berkata pihak berkuasa telah melakukan lebih 890 penangkapan di seluruh negara sepanjang dua hari itu, menurut BFMTV.

Encik Nunez berkata, angka itu merupakan peningkatan lebih 45 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Encik Nunez juga berkata 178 pegawai polis dan anggota tentera cedera semasa pergolakan tersebut.

Menurut BFMTV, 312 daripada mereka yang ditahan kemudian diletakkan dalam tahanan polis.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita