Skip to main content

Sukan

Lebih 480 perenang berentap dalam Piala Dunia Renang Akuatik 2024 di SG

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 450 perenang dari 38 negara akan berentap dalam Piala Dunia Renang Akuatik Dunia yang akan menjalankan pusingan akhirnya di Arena OCBC di Singapura pada 31 Oktober hingga 2 November.

Ini termasuk juara Olimpik seperti perenang Amerika Syarikat Kate Douglass yang membawa pulang dua pingat emas dan dua perak di Sukan Olimpik Paris dua bulan lalu.

Peminat dunia renang juga berpeluang menyaksikan pemenang rekod dunia Chad Le Clos dari Afrika Selatan.

Singapura merupakan persinggahan terakhir selepas dua pusingan di Shanghai, China dan Incheon, Korea.

Juara keseluruhan akan dinobatkan di Pusat Akuatik OCBC.

Seramai 40 perenang Team Singapore akan beraksi, termasuk pemenang pingat perak Sukan Komanwel Teong Tzen Wei.

Teong berkongsi bahawa beliau melihat piala dunia itu sebagai wadah membina keyakinan untuk sekali lagi bertanding selepas terlepas peluang di Sukan Olimpik.

Katanya: "Sudah agak lama saya tidak bertanding di Singapura pada tahap seperti ini, jadi saya tidak sabar untuk melihat apa yang boleh saya lakukan.

"Saya memperhalusi teknik dan rancangan perlumbaan saya sepanjang dua minggu lalu di Shanghai dan Incheon, jadi saya berharap ia akan mendatangkan hasil yang baik di Singapura."
Sumber : CNA/NY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita