Lebih 400,000 jersi Cristiano Ronaldo laris dijual dalam 12 jam
Penjualan jersi Cristiano Ronaldo mungkin melepasi angka setengah juta pembeli namun secara dasarnya, Manchester United hanya meraih keuntungan rendah.
(Gambar: Agensi berita)
LONDON: Penjualan jersi Cristiano Ronaldo mungkin melepasi angka setengah juta pembeli namun secara dasarnya, Manchester United hanya meraih keuntungan rendah.
Kepulangan bintang bola sepak Portugal itu disambut penuh meriah oleh para penyokong dan peminat kelab yang berpangkalan di Old Trafford itu, apatah lagi beliau akan menyarung jersi nombor tujuh yang dianggap keramat, secara tidak langsung merancakkan lagi penjualan jersi pemenang lima anugerah Ballon d'Or tersebut.
12 jam selepas jersi itu dilancarkan pada Ahad (5 Sep), sebanyak 406,250 helai jersi terjual, sekali gus mengatasi penjualan jersi milik bintang baru Manchester City, Jack Grealish.
Malah, pihak pengeluar mengaku berdepan kesulitan untuk memenuhi permintaan tinggi ketika ini.
Lantas, keuntungan itu sahaja dianggap mampu menampung yuran perpindahan dan gaji tingginya apabila menjana pendapatan £32.5j (S$60.3 juta) bagi kelab Liga Perdana England (EPL) itu.
Sungguhpun demikian, perjanjian dengan jenama Adidas bernilai £750 juta (S$1.3 bilion) yang dimeterai pada 2014 menyaksikan United hanya menikmati 10 peratus daripada keuntungan itu.
Manchester United dilaporkan akan meraih keuntungan £5 (S$9.29) bagi setiap penjualan jersi Cristiano Ronaldo dengan keuntungan bersih mencecah £2 juta (S$3.7 juta).
Setiap jersi berkenaan akan dijual pada harga antara £80 (S$148.60) hingga £110 (S$204.39).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.