Skip to main content

Sukan

Lebih 1.5 juta permohonan tiket Piala Dunia FIFA 2026 dalam tempoh 24 jam

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 1.5 juta permohonan tiket Piala Dunia FIFA 2026 dalam tempoh 24 jam

Logo Piala Dunia FIFA 2026 didedahkan di Times Square, New York City, Amerika Syarikat pada 18 Mei 2023. (Gambar fail: REUTERS/Brendan McDermid)

Diterbitkan : 12 Sep 2025 09:32AM
ZURICH: Lebih 1.5 juta permohonan tiket daripada para penyokong dan peminat bola sepak sudah diterima oleh FIFA dalam tempoh 24 jam selepas penjualan awal tiket Piala Dunia 2026 dilancarkan, menurut badan induk bola sepak dunia itu pada Khamis (11 Sep).

Permintaan luar biasa seantero dunia bagi kejohanan itu khususnya dari Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada, diikuti dengan Argentina, Colombia, Brazil, England, Sepanyol, Portugal dan Jerman.

Respons ini menyerlahkan daya tarikan antarabangsa kejohanan yang diperluaskan kepada 48 pasukan itu, yang akan dianjurkan oleh Mexico, Kanada dan Amerika Syarikat.

Kejohanan Piala Dunia itu juga akan menampilkan 104 perlawanan di 16 bandar tuan rumah.

Penjualan tiket itu dibuka sehingga pukul 11.00 pagi waktu tempatan pada 19 September, dan waktu membeli tiket tidak akan menjejas peluang penyokong untuk mendapatkan tiket.

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui kiriman emel mulai 29 September dan diberikan slot masa tertentu untuk membeli tiket bermula 1 Oktober.

Harga tiket bermula pada AS$60 (S$77), namun sistem harga dinamik akan digunakan dalam fasa pertama penjualan tiket, di mana peminat akan membayar harga berbeza mengikut permintaan pasaran.

Fasa penjualan tiket tambahan dijadualkan bermula pada bulan Oktober.
Sumber : Reuters/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita