Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lebih 1,000 penyokong banjiri Pentas Terapung Marina Bay temui pemain Man U

Para penyokong tegar pasukan Manchester United sanggup meredah terik mentari - semata-mata untuk melihat lebih dekat para pemain bola sepak kegemaran mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jul 2019 08:49PM Dikemas Kini : 21 Jul 2019 09:07PM

SINGAPURA: Para penyokong tegar pasukan Manchester United sanggup meredah terik mentari - semata-mata untuk melihat lebih dekat para pemain bola sepak kegemaran mereka.

Siang tadi (21 Jul), lebih 1,000 peminat Red Devils membanjiri Pentas Terapung Marina Bay untuk bertemu tiga pemain kelab bola sepak Liga Perdana England itu - Paul Pogba, Aaron Wan-Bissaka dan Juan Mata.

Pertemuan tersebut merupakan sebahagian daripada satu acara penaja.

United berada di sini bagi pertandingan Piala Juara-Juara Antarabangsa.

Selain bertemu para penyokong tempatan, Juan Mata, Aaron Wan-Bissaka dan Paul Pogba sempat juga beramah mesra dengan beberapa pemain bola sepak tempatan seperti Jacob Mahler dan Fandi Ahmad.

Ketika ditemui Mediacorp, Juan Mata dan Aaron Wan-Bissaka melahirkan rasa gembira berada di Singapura.

Selepas Singapura, United akan ke Shanghai, China bagi peringkat selanjutnya kejohanan itu di mana Red Devils akan menentang Tottenham Hotspur pada 25 Julai. 

Sumber : CNA/UR/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa