Lawan pedang: S'pura menang pingat emas pertama acara berpasukan di kejohanan remaja Asia
Pasukan lawan pedang Singapura mencipta sejarah selepas berjaya memungut pingat emas pertama untuk negara dalam Kejohanan Lawan Pedang Remaja dan Kadet Asia di Amman, Jordon.
Pasukan lawan pedang wanita di Kejohanan Lawan Pedang Remaja dan Kadet Asia di Amman, Jordon. (Gambar: Fencing Singapore)
SINGAPURA: Pasukan lawan pedang Singapura mencipta sejarah selepas berjaya memungut pingat emas pertama untuk negara dalam Kejohanan Lawan Pedang Remaja dan Kadet Asia di Amman, Jordon.
Pasukan lawan pedang wanita - yang dianggotai Amita Berthier, Maxine Wong, Denyse Chan dan Tatiana Wong - mengalahkan pasukan Jepun 42-38 dalam kejohanan yang masih berlangsung pada Khamis (7 Mar) (waktu Singapura).
Singapura yang menyertai pertandingan itu dengan kedudukannya diletakkan di tangga kedua, menewaskan Kazakhstan 45-16 dan Korea Selatan 45-32 menuju ke peringkat akhir.
Ini merupakan pingat emas kedua Singapura dalam kejohanan tersebut. Pingat emas pertama dirangkul Amita Berthier pada Ahad bagi acara perseorangan.
Pencapaian itu menjangkaui prestasi tahun lalu di mana pasukan negara hanya membawa pulang pingat perak. Pasukan epee wanita Singapura juga sebelumnya merangkul pingat perak dalam kejohanan pada 2013.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.