Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lawan Pedang: Amita Berthier tumpas di tangan atlit No 5 dunia Lee Kiefer

Atlit lawan pedang wanita, Amita Berthier tersingkir selepas tewas 15-4 di tangan pemain nombor lima dunia Lee Kiefer dalam acara perseorangan foil wanita pada Ahad (25 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Lawan Pedang: Amita Berthier tumpas di tangan atlit No 5 dunia Lee Kiefer

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 Jul 2021 04:03PM Dikemas Kini : 25 Jul 2021 04:46PM

TOKYO: Atlit lawan pedang wanita, Amita Berthier tersingkir selepas tewas 15-4 di tangan pemain nombor lima dunia Lee Kiefer dalam acara perseorangan foil wanita pada Ahad (25 Jul).

Atlit Singapura yang menduduki tangga ke-60 dalam ranking dunia itu ditewaskan oleh Kiefer, yang memiliki tiga pingat Olimpik dan pingat di Kejuaraan Dunia beberapa kali.

Dalam persaingan sebanyak 32 pusingan, Kiefer mendahului perlawanan dengan 6-2 sementara Berthier cuba merapatkan jurang markah.

Namun, ternyata pemain rakyat Amerika itu terlalu hebat bagi atlit Singapura yang berusia 20 tahun itu.

"Saya rasa saya sudah memberikan yang terbaik. Namun, saya tidak puas hati kerana tidak dapat melakukan beberapa sentuhan seperti yang sudah saya rancangkan," kata Berthier.

"Beliau seorang atlit lawan pedang yang sangat, sangat hebat jadi saya tidak begitu kecewa atas kekalahan saya. Saya sangat berbesar hati dapat berada di sini."

Berthier merupakan atlit lawan pedang pertama Singapura yang beraksi di Olimpik - rakan sepasukannya Kiria Tikanah menyusul tidak lama selepas itu - dan beliau juga adalah atlit lawan pedang tempatan yang pertama untuk mendapat kelayakan bagi acaranya.

Berthier yang sebelum ini merupakan atlit lawan pedang junior yang terbaik di dunia, berharap untuk memanfaatkan pengalamannya di sukan Olimpik sebagai batu loncatan untuk ke peringkat seterusnya dan beliau sudah pun mengintai untuk bersaing dalam sukan Olimpik Paris 2024.

"Saya bersaing dengan pemain terbaik di dunia dan saya merupakan salah seorang daripada pesaing termuda dalam acara ini, jadi saya harus terus mara ke hadapan, tonton perlawanan ini dan pelajari mengapa mereka adalah yang terbaik di dunia dan semoga satu hari nanti saya boleh jadi seperti mereka," katanya.

"Saya benar-benar menyanjungi Lee dan semoga, satu hari nanti saya dapat menjadi sehebat beliau."

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp akan membawa liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.  

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan