Skip to main content

Sukan

Latihan Triatlon-Renang Olimpik Paris 2024 dibatalkan buat hari kedua angkara pencemaran di Seine

Anggaran Waktu Membaca:
Latihan Triatlon-Renang Olimpik Paris 2024 dibatalkan buat hari kedua angkara pencemaran di Seine

Gambar: AFP/Valentine CHAPUIS

Diterbitkan : 29 Jul 2024 02:00PM Dikemas Kini : 29 Jul 2024 02:12PM
PARIS: Penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 membatalkan sesi latihan renang bagi acara triatlon buat hari kedua berturut-turut pada Isnin (29 Jul) selepas hujan lebat baru-baru ini menjejaskan tahap mutu air di Sungai Seine.

Sesi latihan pada Ahad juga dibatalkan selepas ujian yang dijalankan di Seine pada Sabtu menunjukkan mutu air tidak mencapai ambang yang ditetapkan. Sesi latihan larian dan lumba basikal kekal tidak terjejas.

“Memandangkan ramalan cuaca untuk tempoh 36 jam akan datang, Paris 2024 dan World Triatlon yakin mutu air akan kembali ke bawah had sebelum bermulanya pertandingan triatlon pada 30 Julai,” kata pihak penganjur dalam satu kenyataan pada Isnin (29 Jul).

Anda boleh ikuti liputan Sukan Olimpik Paris 2024 di mewatch. Lungsuri www.mewatch.sg/paris2024 bagi butiran lanjut.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita