Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Larian maraton Olimpik Tokyo dipindahkan ke Sapporo bagi elak cuaca panas

Bagi mengelakkan para peserta dan penonton daripada terdedah kepada suhu panas melampau dan kelembapan semasa musim panas di Tokyo, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach minggu lalu memutuskan agar perlumbaan maraton di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dipindahkan ke Sapporo.

Anggaran Waktu Membaca:
Larian maraton Olimpik Tokyo dipindahkan ke Sapporo bagi elak cuaca panas

Gelung Olympic di luar stadium yang sedang dibina di Jepun (Gambar: Reuters/Issei Kato)

Diterbitkan : 11 Nov 2019 03:01PM Dikemas Kini : 11 Nov 2019 03:14PM

TOKYO: Bagi mengelakkan para peserta dan penonton daripada terdedah kepada suhu panas melampau dan kelembapan semasa musim panas di Tokyo, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach minggu lalu memutuskan agar perlumbaan maraton di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dipindahkan ke Sapporo.

Ini menyusuli sebuah acara maraton di Doha, Qatar bulan lalu di mana ramai pelari maraton wanita gagal menamatkan perlumbaan akibat cuaca yang terlampau panas.

Akhbar The Japan Times melaporkan 28 dalam kalangan 68 peserta berhenti sekerat jalan dalam acara Kejohanan Olahraga Dunia 2019 yang dianjurkan dalam keadaan suhu 32 darjah Selsius dan tahap kelembapan 74 peratus.

Astro Awani melaporkan, sehubungan keputusan IOC, jawatankuasa penganjur Sukan 2020 Tokyo bersetuju dengan Sapporo dan Hokkaido bahawa kedua-dua kerajaan tempatan tidak perlu membiayai kos berkaitan dengan maraton Olimpik dan acara berjalan kaki yang akan diadakan di bandar.

Kerajaan Tokyo pada awalnya tidak bersetuju dengan pemindahan acara maraton tersebut. Bagaimanapun, pihaknya akhirnya menerima keputusan tersebut dengan syarat tidak perlu menanggung kos yang berkaitan dengan pertukaran tempat.

Professor Shige Nakajima, tenaga mengajar di Japan College of Foreign Language yang juga merupakan wakil sukarelawan Tokyo Olimpik 2020 berkata pemindahan tersebut tidak menjadi satu isu yang besar kerana di mana sekalipun acara tersebut, ia turut membawa imej negara Jepun.

Namun, ia mungkin menjadi masalah kepada sukarelawan yang perlu bertugas di Sapporo kerana mereka perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri ekoran pemindahan itu.

“Ia akan menjadi perubahan besar kerana pastinya sudah ada pihak yang terlibat seperti penonton, media dan sebagainya bagi acara berprestij tersebut yang sudah menempah hotel di Tokyo dan kini mereka perlu menukar semua kelengkapan penginapan mereka ke Sapporo pula,” katanya semasa ditemu bual oleh wartawan Malaysia di Tokyo.

Bagaimanapun, Japan Times melaporkan terdapat pandangan bahawa pemindahan lokasi acara itu tidak membawa perbezaan yang ketara kerana berdasarkan musim panas baru-baru ini, perbezaan cuaca di Tokyo dan Hokkaido, di mana terletaknya bandar Sapporo, tidak begitu ketara.

"Bermula lewat Julai hingga awal Ogos, Hokkaido juga mempunyai hari-hari di mana suhu cuaca menjangkaui 30 darjah," Japan Times menukil akhbar Shukan Jitsuwa yang menyorot pandangan seorang wartawan setempat. "Acara maraton wanita dan lelaki, yang dijadual berlangsung pada 2 dan 9 Ogos, mungkin tidak banyak berbeza daripada Tokyo."

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan