Skip to main content

Sukan

Laporan Bergambar: Aksi Grand Prix SG 2024

Hampir 270,000 peminat menonton GP Singapura 2024; pemandu McLaren Lando Norris meraih kemenangan sulungnya pada 22 Sep.

Anggaran Waktu Membaca:
Laporan Bergambar: Aksi Grand Prix SG 2024
Pemandu McLaren, Lando Norris bermula dari petak pertama di perlumbaan Grand Prix Singapura F1 pada 22 Sep, 2024. (Gambar: CNA/Raydza Rahman)
Diterbitkan : 23 Sep 2024 02:24PM Dikemas Kini : 23 Sep 2024 02:29PM

SINGAPURA: Pemandu McLaren, Lando Norris mendominasi Grand Prix (GP) Singapura dari awal hingga akhir pada Ahad (22 Sep), merapatkan jurang dalam kejuaraan Formula Satu (F1) di belakang Max Verstappen.

Pemandu berusia 24 tahun itu meluncur dari posisi petak utama di Litar Marina Bay yang diterangi lampu dan, walaupun menghadapi beberapa saat dalam situasi berbahaya apabila dua kali menyentuh dinding, dia memimpin setiap pusingan hingga ke bendera penamat dikibarkan.

Verstappen dari Red Bull menamatkan perlumbaan di tempat kedua, dengan ketinggalan 20.945 saat (s) di belakang persaingannya, sementara rakan sepasukan Norris, Oscar Piastri berada di tempat ketiga dalam perlumbaan malam yang panas, berlangsung selama 62 pusingan.

Berikut aksi menarik perlumbaan pada hujung minggu lalu yang dirakam lensa wartawan Mediacorp.

Pemandu McLaren, Lando Norris tinggalkan pesaingnya hampir 21 saat di belakang untuk menang GP Singapura F1 pada 22 Sep, 2024. (Gambar: CNA/Wallace Woon)
Pemandu McLaren, Lando Norris raikan kejayaan muncul juara GP Singapura F1 pada 22 Sep, 2024. (Gambar:CNA/Raydza)
"Ia adalah perlumbaan yang luar biasa," kata pemandu McLaren, Lando Norris selepas meraih kemenangan ketiga dalam kerjayanya. (Gambar: CNA/Wallace Woon)
Peminat Max Verstappen dari Red Bull, di Litar Marina Bay pada 19 Sep, 2024. (Gambar: CNA/Wallace Woon)
Mekanik Mercedes semasa berlatih tukar tayar pada 19 Sep, 2024. (Gambar: CNA/Wallace Woon)
Peminat Sergio Perez dari Red Bull semasa sesi temu peminat. (Gambar: CNA/Wallace Woon)
Reaksi pemandu McLaren, Lando Norris pada 21 Sep, 2024 selepas muncul sebagai pemandu terpantas dalam kelayakan untuk bermula dari petak pertama. (Gambar: CNA/Wallace Woon)
Peminat yang membanjiri Litar Marina Bay pada 22 Sep, 2024. (Gambar: CNA/Wallace Woon)
Sumber : CNA
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita