Langgar peraturan 'curfew': Tindakan FAS tidak akan jejas prosiding disiplin SNOC
Mana-mana "tindakan tambahan" yang diambil oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) terhadap sembilan pemain bola sepak yang melanggar peraturan 'curfew' atau batasan waktu di Sukan SEA tidak akan menjejas prosiding disiplin Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).
(Gambar: Instagram/FAS)
NEW CLARK CITY, FILIPINA: Mana-mana "tindakan tambahan" yang diambil oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) terhadap sembilan pemain bola sepak yang melanggar peraturan 'curfew' atau batasan waktu di Sukan SEA tidak akan menjejas prosiding disiplin Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).
Bercakap di sidang media pada Rabu (11 Dis), setiausaha agung SNOC, Chris Chan berkata insiden yang berlaku semasa Sukan SEA adalah di bawah bidang kuasanya.
"Kami mempunyai perjanjian. Kami mempunyai kod tingkah laku. Kami amat jelas bahawa apa sahaja yang dilakukan oleh para atlit adalah di bawah bidang kuasa kami - SNOCDC," kata Encik Chan.
"Kami masih tidak begitu jelas tindakan yang akan diambil FAS terhadap ke atas sembilan pemain itu... Kami sedang menunggu FAS untuk mengesahkan dan menjelaskan bentuk tindakan tambahan itu."
Dalam satu kenyataan pada 5 Dis, SNOC menyatakan tindakan disiplin akan diambil terhadap pemain bola sepak itu setelah mereka melanggar peraturan batas waktu di Filipina.
"Mereka sudah diberi amaran tegas dan akan menghadapi tindakan disiplin apabila pulang ke Singapura selepas Sukan SEA nanti," menurut SNOC.
Ia menyusuli satu kenyataan dari FAS keesokan harinya yang mendedahkan nama enam pemain itu. Menurut kenyataan itu pemain yang terlibat boleh menjangkakan "tindakan tegas FAS".
FAS mendedahkan nama tiga lagi pemain bola sepak yang melanggar peraturan sama, menjadikan sembilan kesemuanya yang berdepan tindakan disiplin.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.