Laluan litar F1 Marina Bay tidak termasuk Bay Grandstand mulai 2023
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AFP
SINGAPURA: Litar Marina Bay akan sedikit berbeza pada tahun depan apabila Formula 1 kembali ke Singapura.
Kemas kini akan dilakukan pada litar tersebut disebabkan pembangunan semula Pentas Terapung Marina Bay (The Float @ Marina Bay) untuk digantikan dengan "Dataran NS".
Kerja-kerja di Dataran NS itu dijadual bermula Mac tahun depan dan dijangka siap pada hujung 2026. Ia sepatutnya siap pada Mac 2022 tetapi permulaan kerja-kerja ditangguhkan disebabkan pandemik COVID-19.
"Litar tersebut tidak akan termasuk Bay Grandstand sementara kerja-kerja pembangunan semula sedang dijalankan," menurut penganjur perlumbaan tersebut.
Bermula perlumbaan seterusnya, laluan litar yang disemak semula itu akan dikurangkan kepada 4.928 kilometer dan jumlah pusingan dinaikkan kepada 63.
Belokan 16 hingga 19 akan diubah menjadi jalan yang lurus sepanjang 397.9 meter, menjadikan jumlah belokan litar tersebut kepada 19.
Penganjur perlumbaan itu menyatakan masa terbaik pusingan kelayakan di litar tersebut adalah 1:27.7, menurut simulasi berdasarkan kereta Formula 1 2020. Waktu perlumbaan paling minimum dijangka 1:30.34.
Pihak penganjur menambah bahawa perubahan-perubahan tersebut tertakluk kepada kelulusan badan pentadbiran Formula One (FIA) dan maklumat lebih lanjut akan dikeluarkan apabila perubahan tersebut sudah dimuktamadkan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.